Thursday 9 May 2013

Kesan Bid'ah Terhadap Masyarakat


Secara bahasa bid’ah adalah segala ssuatu yang baru tanpa ada contoh sebelumnya. 

Antara kejayaan umat islam masa lalu adalah, berpegang teguh pada sunnah dan menjauhi bid'ah yang dikaitkan dengan agama tetapi melakukn bid'ah dalam perkra dunia.... 

tetapi umat islam pada masa sekarang, kebanyakan mereka telah meninggalkn bid'ah dalam perkara dunia, sehingga menganggap bid'ah dalam perkara dunia sesuatu yang jijik kerana dtipu oleh istilah zuhud yang disalah ertikn.... tetapi menganggap bid'ah dalam agama adalah sesuatu yang baik sehingga bid'ah itu tadi diagung-agungkan melebihi perkra-perkara sunnah kerana lebih disibukkn dengan perkara bid'ah dalam agama.

melakukan bid'ah dalam agama lebih merugikan daripada melakukan bid'ah dalam perkara dunia kerana bid'ah dalam agama boleh memesongkn kita dari beramal dengan perkara-perkara sunnah yang sahih. Hal ini berlaku kerana minat melakukn bid'ah dalam perkara agama yang amat mendalam mlebihi minat beramal dengan perkara-perkara sunnah. kadang-kadang, minat itu menyukarkan mereka untuk memastikan kesahihan sesuatu perkara yang dianggap sunnah sehingga kadang-kadang hadith palsu pun dianggap sebagai hadith yang berasal dari Rasulullah s.a.w kerana kesibukan mereka terhadap bid'ah yang dikaitkan dengan agama sehingga tuntutan untuk meneliti kesahihan sesuatu perkara yang dianggap sunnah tidak dilakukan....

mengapa bid'ah yang berkaitan agama yang dititikberatkan tetapi bid'ah bkaitan dunia, yang pernah melambangkan keagungn islam suatu masa dahulu tidak diambil peduli sehingga ada yang meninggalkannya terus kerana kononnya tidak mahu dtipu oleh kemewahan dunia??

Jauhilah melampau-lampau dalam agama sehingga timbulnya bid'ah dalam agama, 
Daripada Ibn Abbas R.Anhuma, bahawa Rasulullah SAW bersabda ketika melontar batu di Jamrah al-Aqabah:
وَإِيَّاكُم وَالغُلُوَّ فِي الدِّينِ، فَإِنَّمَا أَهلَكَ مَن قَبلَكُم الغُلُوَّ فِي الدِّينِ.
Maksudnya: “Awasilah kamu daripada melampau dalam agama kerana sesungguhnya telah binasa umat sebelummu kerana melampau dalam agama.”
Diriwayatkan oleh al-Nasaie, Ibn Majah, Sahih di sisi Ibn Khuzaimah, Ibn Hibban dan al-Hakim. 

Janganlah ditinggalkan langsung prkra dunia kerana ianya bukan daripada sunnah Nabi s.a.w. 
Diriwayatkan daripada Bukhari daripada Abu Juhaifah
berkata:
أَخَى النَّبِيُّ r سَلْمَانَ وَأَبِي الدَّرْدَاء، فَزَارَ سَلمَانُ أَبَا الدَّردَاءِ، فَرأَى أُمَّ الدَّرْدَاءِ مُتَبَتِّلَةً، فَقَالَ لها: مَا شَأنُكِ؟ قَالَتْ: أَخُوكَ أَبُو الدَّرْدَاءِ لَيسَ لَهُ حَاجَةٌ فِي الدُّنْيَا. فَجَاءَ أَبُو الدَّردَاءِ فَصَنَعَ لَهُ طَعَامًا فقالَ لهُ: كلْ فَإِنِّي صَائِمٌ، قالَ: مَا أنا بِآكِلٍ حَتَّى تَأكُلَ، فَأَكَلَ. فلمَّا كانَ اللَّيلُ ذَهَبَ أبو الدَّردَاءِ يقومُ: نُمْ، فَنَامَ، ثُمَّ ذَهبَ يقومُ، فقالَ: نُمْ. فَلَمَّا كَانَ آخِرُ اللِّيلِ، قال سَلْمَانُ: قُم الآنْ، فَصَلَّيَا. فقالَ لهُ سلمانُ: إِنَّ لِرَبِّكَ عَلَيكَ حَقًّا، وَإِنَّ لِنَفْسِكَ عليكَ حقًّا، وَلأَهْلِكَ عليكَ حقًّا، فَأَعْطِ كلَّ ذِيْ حَقٍّ حَقَّهُ. فأتَى أبو الدرداءِ النَّبِيَ r فذكرَ لهُ ذلك، فقال النَّبِيُّ r: صَدَقَ سَلمَانُ.
Maksudnya: Nabi SAW telah mempersaudarakan antara Salman dan Abi Darda’ kemudian Salman menziarahi Abu Darda’, melihat Abu Darda’ dalam keadaan sugul seraya berkata: Bagaimana keadaanmu? Jawab Ummu Darda’: Saudaramu Abu Darda’ tiada berhajat kepada dunia. Kemudian datang Abu Darda’ dan menyediakan makanan untuk Salman seraya berkata: Makanlah, sesungguhnya aku berpuasa. Salman menjawab: Aku tidak akan makan sehingga kamu makan. Lantas baginda makan bersama. Apabila malam tiba, Abu Darda’ mahu melakukan qiamullail. Seraya berkata kepada Salman: Tidurlah, lantas dia tidur kemudian pergi untuk melakukan qiamullail. Jawabanya: Tidurlah kamu juga. Apabila akhir malam, kata Salman: Bangunlah sekarang dan kedua-duanya bersolat. Kemudian Salman berkata kepada Abu Darda’: Sesungguhnya bagi tuhan kamu ada hak dan bagi diri kamu ada hak dan bagi keluarga kamu ada hak. Maka berilah setiap yang ada hak akan haknya. Kemudian Abu Darda’ datang bertemu Nabi mengadu hal tersebut. Lantas Nabi SAW berkata: Benarlah Salman. 

Diriwayatkan daripada Bukhari dan Muslim daripada Anas RA berkata:
جَاءَ ثَلاَثَةُ رَهْطٍ إِلَى بُيُوتِ أَزْوَاجِ النَّبِي r يَسْأَلونَ عَن عِبَادَةِ النَّبِي r، فَلَمَّا أُخْبِرُوا كَأَنَّهُم تَقَالُّوهََا أي: رَأَوهَا قَلِيْلَةً قَالُوا: أَينَ نَحنُ مِنَ النَّبِي r وَقَد غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِن ذَنْبِهِ وَمَا تَأَخَّرَ؟ قَالَ أَحَدُهُمْ: أَمَّا أَنَا فَأُصَلِّي اللَّيْلَ أَبَدًا. وقال أخر: وَأَنَا أَصُوْمُ الدَّهرَ فَلا أُفطِرُ. وَقَال أخرُ: وأنا أَعْتَزِلُ النِّسَاءَ، فَلاَ أَتَزَوَّجُ أَبَدًا. فَجَاءَ رسول الله r فقال: أَنْتُم الَّذِينَ قُلْتُمْ كَذَا وَكَذَا؟ أَمَا وَالله إِنِّي لأَخْشَاكُم لِلَّهِ، وَأْتقَاكُم لَهُ، لِكَنِّي أَصُومُ وَأُفْطِرُ، وَأُصَلِّي وَأَرْقُدُ، وَأَتَزَوَّجُ النِّسَاءَ، فَمَنْ رَغِبَ عَنْ سُنَّتِي فَلَيسَ مِنِّي.
Maksudnya: “Datang tiga lelaki ke rumah isteri Nabi SAW bertanyakan perihal ibadat Nabi SAW. Apabila diberitakan kepada mereka seolah-olah mereka memperkecilkannya dan mereka berkata: Bagaimana kita berbanding dengan Nabi yang dihapuskan dosanya yang terdahulu dan kemudian? Salah seorang berkata: Adapun saya akan sembahyang malam tanpa tidur dan kata yang lain: Saya akan berpuasa (setiap hari) tanpa berbuka. Dan kata yang lain: Saya akan mengasingkan diri daripada perempuan dan tidak mahu berkahwin. Kemudian datang Rasulullah SAW seraya bertanya: Kamukah yang bertanya sedemikian sedemikian? Adapun aku demi Allah paling takut kepada Allah? Bertakwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan berbuka, aku solat dan tidur dan berkahwin dengan wanita. Sesiapa yang membenci sunnahku maka dia bukan dari kalanganku.”

mengapa umat islam dahulu boleh menguasai dunia dalam segala bidang selain urusan agama dengan bid'ah yang dilakukan dalam urusan dunia sehingga membawa kepada kejayaan umat islam pada waktu itu spt Al-Khawarizmi yang pakar dalam bidang matematik dan astronomi & ArRazi yang telah menyumbang dalam bidang perubatan & kimia dan diakui sebagai orang pertama menemui asid sulfurik, yang digunakn secara mluas 'work horse' bagi kejuruteraan kimia dan kimia moden dan juga menjumpai ethanol, hasil sulingannya dan kegunaannya dalam bidang perubatan...????

jawapannya, umat islam pada masa sekarang terlalu banyak melakukn bid'ah dalam urusan agama tetapi bid'ah dalam urusan dunia tidak pernah diambil peduli..... 

kegemilangn umat islam dahulu yang pernah menempa kejayaan dalam pelbagai bidang seperti bidang kejuruteraan, peperangn, kedoktoran, dan sebagainya telah hilang dan digantikan oleh umat-umat lain. Kesannya umat islam sekarang dipandang rendah oleh umat-umat lain kerana tidak boleh bersaing dalam perkara-perkara dunia seperti perkara yang berkaitan ekonomi, kejuruteraan, kedoktoran, dan sebagainya....

Wednesday 23 January 2013

Riya' Adalah Sebahagian Daripada Syirik


Firman Allah s.w.t (maksudnya):
“Katakanlah: " sesungguhnya aku ini hanyalah seorang manusia seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku: 'bahawa sesungguhnya apa yang kamu sembah adalah sembahan yang Esa', maka barang siapa yang berharap berjumpa dengan Tuhannya hendaklah dia mengerjakan amal soleh dan janganlah dia melakukan perkara syirik sedikit pun dalam beribadah kepada Tuhannya.” (QS. Al Kahfi, 110).

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. dalam hadith marfu', bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t berfirman:
"Aku adalah Sekutu Yang Maha cukup, menolak perbuatan syirik. Barang siapa yang mengerjakan amal perbuatan dengan dicampuri perbuatan syirik kepadaKu, maka Aku tinggalkan dia bersama perbuatan syiriknya itu" (Hadith Riwayat Muslim).

Diriwayatkan dari Abu Said r.a. dalam hadith marfu' bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
"Mahukah kamu semua aku beritahukan tentang sesuatu yang bagiku sangat aku bimbangkan terhadap kamu semua daripada Al Masih Ad dajjal[87]?", para sahabat menjawab: "Ya, Rasulullah.", kemudian Rasulullah s.a.w bersabda: "syirik yang tersembunyi, iaitu ketika seseorang berdiri melakukan solat, dia perindahkan solatnya itu kerana mengetahui ada orang lain yang melihatnya"
(Hadith Riwayat Ahmad).


Kandungan bab ini:

1-Penjelasan mengenai ayat dalam surah Al Kahfi[88].

2-Masalah yang penting sekali, iaitu: pernyataan bahawa amal soleh apabila dicampuri dengan sesuatu yang bukan kerana Allah, maka tidak akan diterima oleh Allah s.w.t..

3-Hal itu disebabkan kerana Allah s.w.t. adalah sembahan yang menolak perbuatan syirik kerana sifat Maha Cukup-Nya.

4-Sebab yang lain adalah kerana Allah s.w.t. adalah sekutu yang terbaik.

5-Rasulullah s.a.w. sangat bimbang apabila sahabatnya melakukan riya'.

6-Penjelasan tentang riya dengan menggunakan contoh sebagai berikut: seseorang melakukan solat kerana Allah, kemudian dia perindahkan solatnya kerana ada orang lain yang memerhatikannya.

_____________________________________

Catatan Kaki:

[86] Riya' adalah berbuat baik kerana orang lain.

[87] Al Masih Ad Dajjal ialah seorang manusia pembohong terbesar yang akan muncul pada akhir zaman, mengaku sebagai Al Masih bahkan mengaku sebagai tuhan yang disembah. Kehadirannya di dunia ini termasuk diantara tanda-tanda besar akan tibanya hari kiamat. Sedangkan keajaiban-keajaiban yang boleh dilakukannya merupakan cubaan dari Allah s.w.t untuk umat manusia yang masih hidup pada masa itu. Disebutkan dalam sahih Muslim bahawa tempoh kemunculannya di dunia nanti adalah selama 40 hari, di antara hari-hari tersebut ; sehari bagaikan setahun, sehari bagaikan sebulan, sehari bagaikan seminggu, kemudian hari-hari lainnya adalah seperti biasa.. Hadith-hadith mengenai Ad Dajjal ini telah diriwayatkan di kalangan banyak para sahabat, antaranya ialah: Abu Bakar As Siddiq, Abu Hurairah, Mu'adz bin Jabal, Jabir bin Abdillah, Abu Sa'id Al Khudri, An Nawwas bin Sam'an, Anas bin Malik, Ibnu Umar, Ibnu Abbas, Aisyah, Ummu Salamah, Fatimah binti Qais dan lain lain lagi. Masalah ini boleh dirujuk dalam :

-Sahih Bukhari : kitab Al fitan bab 26 -27 : kitab At Tauhid bab 27, 31.
-Sahih Muslim : kitab Al fitan bab 20, 21, 22, 23, 24, 25.
-Sahih At Tirmizi : kitab Al fitan bab 55, 56, 57,58, 59, 60,61,62.
-Sunan Abu Daud : kitab malahim bab : 14, 15.
-Sunan Ibnu Majah : kitab Al Fitan bab 33.
-Musnad Imam Ahmad : jilid I hal 6, 7 ; jilid 2 hal : 33, 37, 67, 104, 124, 131 ; jilid 5 hal : 27, 32, 43, 47.
-Dan kitab kitab hadith lainnya.

[88] Ayat ini menunjukkan bahawa amal ibadah tidak akan diterima oleh Allah kecuali jika memenuhi dua syarat :

Pertama : ikhlas semata-mata kerana Allah, tidak ada syirik di dalamnya sekalipun syirik kecil seperti riya'.

Kedua : mengikut sunnah Rasulullah s.a.w, kerana sesuatu amalan hanya disebut soleh jika ada dasar perintahnya dalam agama.

Ayat ini mengisyaratkan pula bahawa ibadah itu tauqifiyah, ertinya berlandaskan pada ajaran yang dibawa Rasulullah s.a.w, bukan menurut akal mahupun nafsu seseorang.

Tuesday 22 January 2013

Sabar Terhadap Takdir Allah Adalah Sebahagian Dari Iman Kepada Allah


Firman Allah s.w.t (maksudnya) :
“Tiada suatu musibah yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah, dan barang siapa yang beriman kepada Allah nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” (QS. At Taghobun 11)

'Alqomah[84] mentafsirkan Iman yang disebutkan dalam ayat ini dengan mengatakan:
"Iaitu: orang yang ketika ditimpa musibah, dia meyakini bahawa itu semua dari Allah, maka dia pun redha dan pasrah (atas takdirNya).

Diriwayatkan dalam sahih Muslim dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Ada dua perkara yang masih dilakukan oleh manusia, yang kedua-duanya merupakan bentuk kekufuran: mencela keturunan, dan meratapi orang yang mati".

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan hadis marfu', dari Ibnu Mas'ud r.a., bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
"Tidak termasuk golongan kami orang yang memukul mukul pipi, merobek-robek pakaian, dan menyeru dengan seruan orang-orang jahiliyah".

Diriwayatkan dari Anas r.a sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:
"Apabila Allah menghendaki kebaikan pada seorang hambanya, maka Ia percepat hukuman baginya di dunia, dan apabila Ia menghendaki keburukan pada seorang hambanya, maka Ia tangguhkan dosanya sampai ia penuhi balasannya nanti pada hari kiamat."
(Hadith Riwayat Tirmizi dan Al Hakim)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya besarnya balasan itu sesuai dengan besarnya ujian, dan sesungguhnya Allah s.w.t, jika mencintai suatu kaum, maka Dia akan mengujinya, barang siapa yang redha akan ujian itu maka baginya keredhaan Allah, dan barang siapa yang marah / benci terhadap ujian tersebut, maka baginya kemurkaan Allah"
(Hadith hasan menurut Imam Tirmizi).


Kandungan dalam bab ini:

1-Penjelasan tentang ayat dalam surah At Taghobun[85].

2-Sabar terhadap cubaan adalah termasuk dalam kategori iman kepada Allah s.w.t..

3-Disebutkan tentang hukum mencela keturunan.

4-Ancaman keras bagi sesiapa yang memukul-mukul pipi, merobek robek baju, dan menyeru kepada seruan jahiliah [kerana meratapi orang yang mati].

5-Tanda-tanda apabila Allah menghendaki kebaikan kepada hambaNya.

6-Tanda-tanda apabila Allah menghendaki keburukan kepada hambaNya.

7-Tanda-tanda kecintaan Allah kepada hambaNya.

8-Dilarang bersikap marah dan bersikap tidak sabar atas cubaan ketika diuji oleh Allah s.w.t.

9-Pahala bagi orang yang redha atas ujian dan cubaan.

_____________________________________

Catatan Kaki:

[84] 'Al Qomah bin Qais bin Abdullah bin Malik An Nakhai, salah seorang tokoh dari ulama tabiin, dilahirkan pada masa hidupnya Nabi s.a.w dan meninggal tahun 62 H (681 M).

[85] Ayat ini menunjukkan tentang keutamaan bersabar atas segala takdir Allah yang pahit, seperti musibah ; dan ini menunjukkan bahawa amal termasuk dalam pengertian iman.

Monday 21 January 2013

Bertawakkal kepada Allah


Firman Allah s.w.t (maksudnya):
“Dan hendaklah kamu bertawakkal hanya kepada Allah, jika kamu benar-benar orang yang beriman” (QS. Al Maidah, 23).

Firman Allah s.w.t (maksudnya):
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman (dengan sempurna) itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah bergetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka kerananya, dan hanya kepada Tuhannya mereka bertawakkal” (QS. Al Anfal, 2)

Firman Allah s.w.t (maksudnya):
“Wahai Nabi, cukuplah Allah (menjadi pelindung) bagimu, dan bagi orang orang mukmin yang mengikutimu” (QS. Al Anfal, 64).

Firman Allah s.w.t (maksudnya):
“… dan barang siapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya” (QS. At tholaq, 3).

Firman Allah s.w.t (maksudnya):
“Cukuplah Allah bagi kami, dan Allah adalah sebaik-baik pelindung” (QS. Ali Imran, 173).

Kalimat ini diucapkan oleh Nabi Ibrahim a.s ketika baginda a.s dicampakkan ke dalam api, dan diucapkan pula oleh Nabi Muhammad s.a.w ketika ada yang berkata kepada baginda:
Firman Allah s.w.t (maksudnya):
“Sesungguhnya orang-orang quraisy telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, kerana itu takutlah kepada mereka, tetapi perkataan itu malah menambah keimanan baginda…” (QS. Ali Imran, 173).


Kandungan bab ini:

1-Tawakkal itu termasuk kewajipan.

2-Tawakkal itu termasuk syarat-syarat iman.

3-Penjelasan mengenai ayat daripada surah Al Anfal[79].

4-Penjelasan tentang ayat dalam akhir surah Al Anfal[80].

5-Penjelasan tentang ayat dalam surah At-Tholaq[81].

6-Kalimat  mempunyai kedudukan yang sangat penting, kerana telah diucapkan oleh Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Muhammad s.a.w ketika dalam situasi yang sukar sekali.

_____________________________________

Catatan Kaki:

[79] Ayat ini menunjukkan bahawa tawakkal kepada Allah merupakan sifat orang-orang yang beriman kepada Allah; dan menunjukkan bahawa iman dapat bertambah dan dapat pula berkurang.

[80] Dalam ayat ini Allah memerintahkan kepada Nabi dan orang-orang beriman yang mengikutinya supaya bertawakkal kepada Allah, kerana Allah lah yang akan mencukupkan keperluan mereka.

[81] Ayat ini menunjukkan kewajiban bertawakkal kepada Allah dan pahala bagi orang yang melakukannya.

Merasa Aman Dari Seksa Allah Dan Berputus Asa Dari Rahmatnya


Firman Allah s.w.t (maksudnya):
“Maka apakah mereka merasa aman (tidak khuatir atau bimbang) dari azab Allah (yang tidak dapat dibayangkan)?, tidak ada yang merasa aman daripada azab Allah kecuali orang-orang yang rugi” (QS. Al A'raf, 99).

Firman Allah s.w.t (maksudnya):
“Dan tidak ada yang berputus asa dari rahmat Tuhannya kecuali orang-orang yang sesat” (QS. Al Hijr, 56).

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w ketika ditanya mengenai dosa-dosa besar, baginda s.a.w menjawab:
"Iaitu: syirik kepada Allah, berputus asa dari rahmat Allah, dan merasa aman dari makar Allah".

Abdul Razzaq meriwayatkan dari Ibnu Mas'ud r.a, dia berkata:
"Dosa besar yang paling besar adalah: menyekutukan Allah, merasa aman dari seksaan Allah, berputus asa dari mendapat rahmat Allah, dan berputus asa dari pertolongan Allah"
(Hadith Riwayat Abdur Razzaq)


Kandungan bab ini:

1-Penjelasan tentang ayat dalam surah Al A'raf[82].

2-Penjelasan tentang ayat dalam surah Al Hijr[83].

3-Ancaman yang keras bagi orang yang merasa aman dari seksa Allah.

4-Ancaman yang keras bagi orang yang berputus asa dari rahmat Allah.

_____________________________________

Catatan Kaki:

[82] Ayat ini menunjukkan bahawa merasa aman dari seksa adalah dosa besar yang harus dijauhi oleh orang yang beriman.

[83] Ayat ini menunjukkan bahawa bersikap putus asa dari rahmat Allah termasuk dosa besar yang harus dijauhi. Dari kedua-dua ayat ini dapat disimpulkan bahawa seseorang mukmin harus menggabungkan dua sikap ; mengharap dan bimbang, berharap akan rahmat Allah dan bimbang terhadap siksaanNya.

Sunday 20 January 2013

Takut Kepada Allah


Firman Allah s.w.t (maksudnya) :
“Sesungguhnya mereka itu tiada lain hanyalah syaitan yang menakut-nakuti (kamu) dengan kawan-kawannya (orang-orang musyrik) kerana itu janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepadaKu saja, jika kamu benar-benar orang yang beriman” (QS. Ali Imran, 175).

Firman Allah s.w.t (maksudnya) :           
“Sesungguhnya yang memakmurkan masjid-masjid Allah hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhir, serta tetap mendirikan solat, membayar zakat, dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah (saja), maka mereka itulah yang diharapkan agar termasuk dalam golongan orang-orang yang mendapat petunjuk” (QS. At Taubah, 18).

Firman Allah s.w.t (maksudnya) :                       
“Dan diantara manusia ada yang berkata: kami beriman kepada Allah, tetapi apabila dia mendapat cubaan yang menyakitkan kerana (imannya kepada) Allah, dia menganggap fitnah manusia itu sebagai azab Allah, dan sesungguhnya jika datang pertolongan dari Tuhanmu, mereka pasti akan berkata: "Sesungguhnya kami bersamamu" bukankah Allah lebih mengetahui apa yang ada dalam dada semua manusia?” (QS. Al ankabut, 10).

Diriwayatkan dalam hadis marfu' dari Abu Said r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya termasuk lemahnya keyakinan adalah jika kamu mencari redha manusia dengan mendapat kemurkaan Allah, dan memuji mereka atas rezeki yang Allah berikan melalui perantaraannya, dan mencela mereka atas dasar sesuatu yang belum diberikan Allah kepadamu melalui mereka, ingatlah sesungguhnya rezeki Allah tidak dapat didatangkan dengan tamaknya orang yang tamak, dan tidak pula dapat digagalkan oleh kebencian orang yang membenci".

Diriwayatkan dari Aisyah, ra. Bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Barang siapa yang mencari redha Allah sekalipun dengan risiko mendatangkan kemarahan manusia, maka Allah akan meredhainya, dan akan menjadikan manusia redha kepadanya, dan barang siapa yang mencari redha manusia dengan melakukan apa yang menimbulkan kemurkaan Allah, maka Allah murka kepadanya, dan akan menjadikan manusia murka pula kepadanya" (Hadith Riwayat Ibnu Hibban dalam kitab sahihnya).


Kandungan bab ini:

1-Penjelasan tentang ayat dalam surah Ali Imran[76].

2-Penjelasan tentang ayat dalam surah At Taubah[77].

3-Penjelasan tentang ayat dalam surah Al 'Ankabut[78].

4-Keyakinan itu boleh menguatkan dan boleh melemahkan.

5-Tanda-tanda lemahnya keyakinan antaranya ialah tiga perkara yang disebutkan dalam hadis Abu Said r.a. diatas.

6-Memurnikan rasa takut hanya kepada Allah adalah termasuk kewajipan.

7-Adanya pahala bagi orang yang melakukannya.

8-Adanya ancaman bagi orang yang meninggalkannya.

_____________________________________

Catatan Kaki:

[76] Ayat ini menunjukkan bahawa khauf (takut] termasuk ibadah yang harus ditujukan kepada Allah semata-mata, dan di antara tanda kesempurnaan iman ialah tidak merasa takut kepada siapapun selain Allah saja.

[77] Ayat ini menunjukkan bahawa memurnikan rasa takut kepada Allah adalah wajib, sebagaimana solat, zakat dan kewajiban lainnya.

[78] Ayat ini menunjukkan bahawa merasa takut akan diperlakuan dengan keburukan dan menyakitkan dari manusia kerana iman kepada Allah adalah termasuk takut kepada selain Allah ; dan menunjukkan kewajiban bersabar dalam berpegang teguh kepada jalan Allah.