Thursday 9 May 2013

Kesan Bid'ah Terhadap Masyarakat


Secara bahasa bid’ah adalah segala ssuatu yang baru tanpa ada contoh sebelumnya. 

Antara kejayaan umat islam masa lalu adalah, berpegang teguh pada sunnah dan menjauhi bid'ah yang dikaitkan dengan agama tetapi melakukn bid'ah dalam perkra dunia.... 

tetapi umat islam pada masa sekarang, kebanyakan mereka telah meninggalkn bid'ah dalam perkara dunia, sehingga menganggap bid'ah dalam perkara dunia sesuatu yang jijik kerana dtipu oleh istilah zuhud yang disalah ertikn.... tetapi menganggap bid'ah dalam agama adalah sesuatu yang baik sehingga bid'ah itu tadi diagung-agungkan melebihi perkra-perkara sunnah kerana lebih disibukkn dengan perkara bid'ah dalam agama.

melakukan bid'ah dalam agama lebih merugikan daripada melakukan bid'ah dalam perkara dunia kerana bid'ah dalam agama boleh memesongkn kita dari beramal dengan perkara-perkara sunnah yang sahih. Hal ini berlaku kerana minat melakukn bid'ah dalam perkara agama yang amat mendalam mlebihi minat beramal dengan perkara-perkara sunnah. kadang-kadang, minat itu menyukarkan mereka untuk memastikan kesahihan sesuatu perkara yang dianggap sunnah sehingga kadang-kadang hadith palsu pun dianggap sebagai hadith yang berasal dari Rasulullah s.a.w kerana kesibukan mereka terhadap bid'ah yang dikaitkan dengan agama sehingga tuntutan untuk meneliti kesahihan sesuatu perkara yang dianggap sunnah tidak dilakukan....

mengapa bid'ah yang berkaitan agama yang dititikberatkan tetapi bid'ah bkaitan dunia, yang pernah melambangkan keagungn islam suatu masa dahulu tidak diambil peduli sehingga ada yang meninggalkannya terus kerana kononnya tidak mahu dtipu oleh kemewahan dunia??

Jauhilah melampau-lampau dalam agama sehingga timbulnya bid'ah dalam agama, 
Daripada Ibn Abbas R.Anhuma, bahawa Rasulullah SAW bersabda ketika melontar batu di Jamrah al-Aqabah:
وَإِيَّاكُم وَالغُلُوَّ فِي الدِّينِ، فَإِنَّمَا أَهلَكَ مَن قَبلَكُم الغُلُوَّ فِي الدِّينِ.
Maksudnya: “Awasilah kamu daripada melampau dalam agama kerana sesungguhnya telah binasa umat sebelummu kerana melampau dalam agama.”
Diriwayatkan oleh al-Nasaie, Ibn Majah, Sahih di sisi Ibn Khuzaimah, Ibn Hibban dan al-Hakim. 

Janganlah ditinggalkan langsung prkra dunia kerana ianya bukan daripada sunnah Nabi s.a.w. 
Diriwayatkan daripada Bukhari daripada Abu Juhaifah
berkata:
أَخَى النَّبِيُّ r سَلْمَانَ وَأَبِي الدَّرْدَاء، فَزَارَ سَلمَانُ أَبَا الدَّردَاءِ، فَرأَى أُمَّ الدَّرْدَاءِ مُتَبَتِّلَةً، فَقَالَ لها: مَا شَأنُكِ؟ قَالَتْ: أَخُوكَ أَبُو الدَّرْدَاءِ لَيسَ لَهُ حَاجَةٌ فِي الدُّنْيَا. فَجَاءَ أَبُو الدَّردَاءِ فَصَنَعَ لَهُ طَعَامًا فقالَ لهُ: كلْ فَإِنِّي صَائِمٌ، قالَ: مَا أنا بِآكِلٍ حَتَّى تَأكُلَ، فَأَكَلَ. فلمَّا كانَ اللَّيلُ ذَهَبَ أبو الدَّردَاءِ يقومُ: نُمْ، فَنَامَ، ثُمَّ ذَهبَ يقومُ، فقالَ: نُمْ. فَلَمَّا كَانَ آخِرُ اللِّيلِ، قال سَلْمَانُ: قُم الآنْ، فَصَلَّيَا. فقالَ لهُ سلمانُ: إِنَّ لِرَبِّكَ عَلَيكَ حَقًّا، وَإِنَّ لِنَفْسِكَ عليكَ حقًّا، وَلأَهْلِكَ عليكَ حقًّا، فَأَعْطِ كلَّ ذِيْ حَقٍّ حَقَّهُ. فأتَى أبو الدرداءِ النَّبِيَ r فذكرَ لهُ ذلك، فقال النَّبِيُّ r: صَدَقَ سَلمَانُ.
Maksudnya: Nabi SAW telah mempersaudarakan antara Salman dan Abi Darda’ kemudian Salman menziarahi Abu Darda’, melihat Abu Darda’ dalam keadaan sugul seraya berkata: Bagaimana keadaanmu? Jawab Ummu Darda’: Saudaramu Abu Darda’ tiada berhajat kepada dunia. Kemudian datang Abu Darda’ dan menyediakan makanan untuk Salman seraya berkata: Makanlah, sesungguhnya aku berpuasa. Salman menjawab: Aku tidak akan makan sehingga kamu makan. Lantas baginda makan bersama. Apabila malam tiba, Abu Darda’ mahu melakukan qiamullail. Seraya berkata kepada Salman: Tidurlah, lantas dia tidur kemudian pergi untuk melakukan qiamullail. Jawabanya: Tidurlah kamu juga. Apabila akhir malam, kata Salman: Bangunlah sekarang dan kedua-duanya bersolat. Kemudian Salman berkata kepada Abu Darda’: Sesungguhnya bagi tuhan kamu ada hak dan bagi diri kamu ada hak dan bagi keluarga kamu ada hak. Maka berilah setiap yang ada hak akan haknya. Kemudian Abu Darda’ datang bertemu Nabi mengadu hal tersebut. Lantas Nabi SAW berkata: Benarlah Salman. 

Diriwayatkan daripada Bukhari dan Muslim daripada Anas RA berkata:
جَاءَ ثَلاَثَةُ رَهْطٍ إِلَى بُيُوتِ أَزْوَاجِ النَّبِي r يَسْأَلونَ عَن عِبَادَةِ النَّبِي r، فَلَمَّا أُخْبِرُوا كَأَنَّهُم تَقَالُّوهََا أي: رَأَوهَا قَلِيْلَةً قَالُوا: أَينَ نَحنُ مِنَ النَّبِي r وَقَد غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِن ذَنْبِهِ وَمَا تَأَخَّرَ؟ قَالَ أَحَدُهُمْ: أَمَّا أَنَا فَأُصَلِّي اللَّيْلَ أَبَدًا. وقال أخر: وَأَنَا أَصُوْمُ الدَّهرَ فَلا أُفطِرُ. وَقَال أخرُ: وأنا أَعْتَزِلُ النِّسَاءَ، فَلاَ أَتَزَوَّجُ أَبَدًا. فَجَاءَ رسول الله r فقال: أَنْتُم الَّذِينَ قُلْتُمْ كَذَا وَكَذَا؟ أَمَا وَالله إِنِّي لأَخْشَاكُم لِلَّهِ، وَأْتقَاكُم لَهُ، لِكَنِّي أَصُومُ وَأُفْطِرُ، وَأُصَلِّي وَأَرْقُدُ، وَأَتَزَوَّجُ النِّسَاءَ، فَمَنْ رَغِبَ عَنْ سُنَّتِي فَلَيسَ مِنِّي.
Maksudnya: “Datang tiga lelaki ke rumah isteri Nabi SAW bertanyakan perihal ibadat Nabi SAW. Apabila diberitakan kepada mereka seolah-olah mereka memperkecilkannya dan mereka berkata: Bagaimana kita berbanding dengan Nabi yang dihapuskan dosanya yang terdahulu dan kemudian? Salah seorang berkata: Adapun saya akan sembahyang malam tanpa tidur dan kata yang lain: Saya akan berpuasa (setiap hari) tanpa berbuka. Dan kata yang lain: Saya akan mengasingkan diri daripada perempuan dan tidak mahu berkahwin. Kemudian datang Rasulullah SAW seraya bertanya: Kamukah yang bertanya sedemikian sedemikian? Adapun aku demi Allah paling takut kepada Allah? Bertakwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan berbuka, aku solat dan tidur dan berkahwin dengan wanita. Sesiapa yang membenci sunnahku maka dia bukan dari kalanganku.”

mengapa umat islam dahulu boleh menguasai dunia dalam segala bidang selain urusan agama dengan bid'ah yang dilakukan dalam urusan dunia sehingga membawa kepada kejayaan umat islam pada waktu itu spt Al-Khawarizmi yang pakar dalam bidang matematik dan astronomi & ArRazi yang telah menyumbang dalam bidang perubatan & kimia dan diakui sebagai orang pertama menemui asid sulfurik, yang digunakn secara mluas 'work horse' bagi kejuruteraan kimia dan kimia moden dan juga menjumpai ethanol, hasil sulingannya dan kegunaannya dalam bidang perubatan...????

jawapannya, umat islam pada masa sekarang terlalu banyak melakukn bid'ah dalam urusan agama tetapi bid'ah dalam urusan dunia tidak pernah diambil peduli..... 

kegemilangn umat islam dahulu yang pernah menempa kejayaan dalam pelbagai bidang seperti bidang kejuruteraan, peperangn, kedoktoran, dan sebagainya telah hilang dan digantikan oleh umat-umat lain. Kesannya umat islam sekarang dipandang rendah oleh umat-umat lain kerana tidak boleh bersaing dalam perkara-perkara dunia seperti perkara yang berkaitan ekonomi, kejuruteraan, kedoktoran, dan sebagainya....

No comments:

Post a Comment