Monday 21 January 2013

Bertawakkal kepada Allah


Firman Allah s.w.t (maksudnya):
“Dan hendaklah kamu bertawakkal hanya kepada Allah, jika kamu benar-benar orang yang beriman” (QS. Al Maidah, 23).

Firman Allah s.w.t (maksudnya):
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman (dengan sempurna) itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah bergetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka kerananya, dan hanya kepada Tuhannya mereka bertawakkal” (QS. Al Anfal, 2)

Firman Allah s.w.t (maksudnya):
“Wahai Nabi, cukuplah Allah (menjadi pelindung) bagimu, dan bagi orang orang mukmin yang mengikutimu” (QS. Al Anfal, 64).

Firman Allah s.w.t (maksudnya):
“… dan barang siapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya” (QS. At tholaq, 3).

Firman Allah s.w.t (maksudnya):
“Cukuplah Allah bagi kami, dan Allah adalah sebaik-baik pelindung” (QS. Ali Imran, 173).

Kalimat ini diucapkan oleh Nabi Ibrahim a.s ketika baginda a.s dicampakkan ke dalam api, dan diucapkan pula oleh Nabi Muhammad s.a.w ketika ada yang berkata kepada baginda:
Firman Allah s.w.t (maksudnya):
“Sesungguhnya orang-orang quraisy telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, kerana itu takutlah kepada mereka, tetapi perkataan itu malah menambah keimanan baginda…” (QS. Ali Imran, 173).


Kandungan bab ini:

1-Tawakkal itu termasuk kewajipan.

2-Tawakkal itu termasuk syarat-syarat iman.

3-Penjelasan mengenai ayat daripada surah Al Anfal[79].

4-Penjelasan tentang ayat dalam akhir surah Al Anfal[80].

5-Penjelasan tentang ayat dalam surah At-Tholaq[81].

6-Kalimat  mempunyai kedudukan yang sangat penting, kerana telah diucapkan oleh Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Muhammad s.a.w ketika dalam situasi yang sukar sekali.

_____________________________________

Catatan Kaki:

[79] Ayat ini menunjukkan bahawa tawakkal kepada Allah merupakan sifat orang-orang yang beriman kepada Allah; dan menunjukkan bahawa iman dapat bertambah dan dapat pula berkurang.

[80] Dalam ayat ini Allah memerintahkan kepada Nabi dan orang-orang beriman yang mengikutinya supaya bertawakkal kepada Allah, kerana Allah lah yang akan mencukupkan keperluan mereka.

[81] Ayat ini menunjukkan kewajiban bertawakkal kepada Allah dan pahala bagi orang yang melakukannya.

No comments:

Post a Comment