Wednesday 23 January 2013

Riya' Adalah Sebahagian Daripada Syirik


Firman Allah s.w.t (maksudnya):
“Katakanlah: " sesungguhnya aku ini hanyalah seorang manusia seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku: 'bahawa sesungguhnya apa yang kamu sembah adalah sembahan yang Esa', maka barang siapa yang berharap berjumpa dengan Tuhannya hendaklah dia mengerjakan amal soleh dan janganlah dia melakukan perkara syirik sedikit pun dalam beribadah kepada Tuhannya.” (QS. Al Kahfi, 110).

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. dalam hadith marfu', bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t berfirman:
"Aku adalah Sekutu Yang Maha cukup, menolak perbuatan syirik. Barang siapa yang mengerjakan amal perbuatan dengan dicampuri perbuatan syirik kepadaKu, maka Aku tinggalkan dia bersama perbuatan syiriknya itu" (Hadith Riwayat Muslim).

Diriwayatkan dari Abu Said r.a. dalam hadith marfu' bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
"Mahukah kamu semua aku beritahukan tentang sesuatu yang bagiku sangat aku bimbangkan terhadap kamu semua daripada Al Masih Ad dajjal[87]?", para sahabat menjawab: "Ya, Rasulullah.", kemudian Rasulullah s.a.w bersabda: "syirik yang tersembunyi, iaitu ketika seseorang berdiri melakukan solat, dia perindahkan solatnya itu kerana mengetahui ada orang lain yang melihatnya"
(Hadith Riwayat Ahmad).


Kandungan bab ini:

1-Penjelasan mengenai ayat dalam surah Al Kahfi[88].

2-Masalah yang penting sekali, iaitu: pernyataan bahawa amal soleh apabila dicampuri dengan sesuatu yang bukan kerana Allah, maka tidak akan diterima oleh Allah s.w.t..

3-Hal itu disebabkan kerana Allah s.w.t. adalah sembahan yang menolak perbuatan syirik kerana sifat Maha Cukup-Nya.

4-Sebab yang lain adalah kerana Allah s.w.t. adalah sekutu yang terbaik.

5-Rasulullah s.a.w. sangat bimbang apabila sahabatnya melakukan riya'.

6-Penjelasan tentang riya dengan menggunakan contoh sebagai berikut: seseorang melakukan solat kerana Allah, kemudian dia perindahkan solatnya kerana ada orang lain yang memerhatikannya.

_____________________________________

Catatan Kaki:

[86] Riya' adalah berbuat baik kerana orang lain.

[87] Al Masih Ad Dajjal ialah seorang manusia pembohong terbesar yang akan muncul pada akhir zaman, mengaku sebagai Al Masih bahkan mengaku sebagai tuhan yang disembah. Kehadirannya di dunia ini termasuk diantara tanda-tanda besar akan tibanya hari kiamat. Sedangkan keajaiban-keajaiban yang boleh dilakukannya merupakan cubaan dari Allah s.w.t untuk umat manusia yang masih hidup pada masa itu. Disebutkan dalam sahih Muslim bahawa tempoh kemunculannya di dunia nanti adalah selama 40 hari, di antara hari-hari tersebut ; sehari bagaikan setahun, sehari bagaikan sebulan, sehari bagaikan seminggu, kemudian hari-hari lainnya adalah seperti biasa.. Hadith-hadith mengenai Ad Dajjal ini telah diriwayatkan di kalangan banyak para sahabat, antaranya ialah: Abu Bakar As Siddiq, Abu Hurairah, Mu'adz bin Jabal, Jabir bin Abdillah, Abu Sa'id Al Khudri, An Nawwas bin Sam'an, Anas bin Malik, Ibnu Umar, Ibnu Abbas, Aisyah, Ummu Salamah, Fatimah binti Qais dan lain lain lagi. Masalah ini boleh dirujuk dalam :

-Sahih Bukhari : kitab Al fitan bab 26 -27 : kitab At Tauhid bab 27, 31.
-Sahih Muslim : kitab Al fitan bab 20, 21, 22, 23, 24, 25.
-Sahih At Tirmizi : kitab Al fitan bab 55, 56, 57,58, 59, 60,61,62.
-Sunan Abu Daud : kitab malahim bab : 14, 15.
-Sunan Ibnu Majah : kitab Al Fitan bab 33.
-Musnad Imam Ahmad : jilid I hal 6, 7 ; jilid 2 hal : 33, 37, 67, 104, 124, 131 ; jilid 5 hal : 27, 32, 43, 47.
-Dan kitab kitab hadith lainnya.

[88] Ayat ini menunjukkan bahawa amal ibadah tidak akan diterima oleh Allah kecuali jika memenuhi dua syarat :

Pertama : ikhlas semata-mata kerana Allah, tidak ada syirik di dalamnya sekalipun syirik kecil seperti riya'.

Kedua : mengikut sunnah Rasulullah s.a.w, kerana sesuatu amalan hanya disebut soleh jika ada dasar perintahnya dalam agama.

Ayat ini mengisyaratkan pula bahawa ibadah itu tauqifiyah, ertinya berlandaskan pada ajaran yang dibawa Rasulullah s.a.w, bukan menurut akal mahupun nafsu seseorang.

1 comment:

  1. Merkur Progress Gaming Merkur Progress Gaming
    Find the latest Merkur progress gaming Merkur Progress Gaming Progress งานออนไลน์ Gaming Progress 메리트 카지노 주소 Gaming Merkur Progress Gaming Progress Gaming  Rating: 5 deccasino · ‎Review by Christian Doe

    ReplyDelete