Firman
Allah s.w.t (maksudnya):
“Tidakkah
kamu memerhatikan orang-orang yang diberi bahagian daripada kitab (Taurat)?,
mereka beriman kepada Jibt dan Thoghut[59], dan mengatakan kepada orang-orang
kafir (musyrikin Mekkah), bahawa mereka itu lebih benar jalannya daripada
orang-orang yang beriman”
(QS.
An nisa', 51).
Firman
Allah s.w.t (maksudnya):
“Katakanlah:
" mahukah aku beritakan kepadamu tentang orang-orang yang lebih buruk
balasannya (orang-orang fasik) dihadapan Allah, iaitu orang-orang yang
dilaknati dan dimurkai, dan diantara mereka ada yang pernah dijadikan kera dan
babi, dan orang-orang yang menyembah Thoghut”
(QS.
Al maidah, 60).
Firman
Allah s.w.t (maksudnya):
“…Orang-orang
yang berkuasa atas urusan mereka berkata: "sebenarnya kami hendak mendirikan
sebuah masjid di sisi gua mereka".” (QS. Al kahfi, 21).
Dari
Abu Said r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya
kalian akan mengikuti (meniru) tradisi umat-umat sebelum kalian selangkah demi
selangkah sehingga jika mereka masuk ke dalam liang biawak sekalipun, nescaya
kalian akan masuk ke dalamnya pula.", para sahabat bertanya: "Ya
Rasulullah, orang-orang yahudi dan Nasranikah?", baginda s.a.w. menjawab:
"siapa lagi?"
(Hadith
Riwayat Bukhari dan Muslim).
Imam
Muslim meriwayatkan dari Tsauban r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya
Allah telah membentangkan bumi kepadaku, sehingga aku dapat melihat belahan
timur dan barat, dan sesungguh kekuasaan umatku akan sampai pada belahan bumi
yang telah dibentangkan kepadaku itu, dan aku diberi dua simpanan yang berharga;
merah dan putih (empayar Parsi dan Rom), dan aku meminta kepada Tuhanku agar
umatku tidak dibinasakan dengan sebab kebuluran (kemarau) yang berpanjangan,
dan jangan dikuasai musuh selain dari kaum mereka sendiri, sehingga musuh itu
nanti akan merampas seluruh negeri mereka.
Lalu
Allah berfirman: "Wahai Muhammad, jika aku telah menetapkan suatu perkara,
maka ketetapan itu tidak akan berubah,
dan sesungguhnya Aku telah memberikan kepadamu agar umatmu tidak dibinasakan
dengan sebab kemarau yang berpanjangan, dan tidak akan dikuasai oleh musuh
selain daripada kaum mereka sendiri, maka musuh itu tidak akan dapat merampas
seluruh negeri mereka, meskipun manusia yang ada di seluruh alam ini berkumpul
menghadapi mereka, sehingga umatmu itu sendiri, sebahagian mereka menghancurkan
sebahagian yang lain, dan sebahagian meraka menawan sebahagian yang lain."
Hadith
ini diriwayatkan pula oleh Al barqoni dalam sahihnya dengan tambahan:
"Dan
yang aku khuatirkan terhadap umatku tiada lain adalah adanya pemimpin yang
menyesatkan, dan ketika terjadi pertumpahan darah di antara mereka, ianya tidak
akan berakhir sehingga datangnya hari kiamat, dan hari kiamat tidak akan berlaku
kecuali ada di antara umatku yang mengikuti orang musyrik, dan sebahagian lain
yang menyembah berhala, dan sungguh akan ada pada umatku 30 orang pendusta,
yang mengaku sebagai Nabi, padahal aku adalah penutup para Nabi, tidak ada Nabi
lain setelah aku, meskipun demikian, akan tetap ada segolongan dari umatku yang
tetap tegak membela kebenaran, dan mereka selalu mendapat pertolongan Allah
taala, mereka tidak gentar dengan orang-orang yang tidak membantu mereka dan
memusuhi mereka, sehingga datang ketetapan Allah s.w.t"
Kandungan
dalam bab ini:
1-Penjelasan
tentang ayat yang terdapat dalam surah An Nisa'[60].
2-Penjelasan
tentang ayat yang terdapat dalam surah Al Maidah[61].
3-Penjelasan
tentang ayat yang terdapat dalam surah Al Kahfi[62].
4-Masalah
yang sangat penting sekali, iaitu pengertian tentang beriman terhadap Jibt dan thoghut,
adakah sekadar mempercayainya dalam hati, atau mengikuti orang-orangnya,
sekalipun membenci hal-hal tersebut dan mengetahui kebatilannya?.
5-[sebagai
buktinya], apa yang dikatakan oleh Ahli kitab kepada orang-orang kafir (kaum
Musyrikin Makkah) bahawa jalan mereka lebih benar daripada orang-orang yang
beriman.
6-Iman
kepada Jibt dan Thaghut pasti akan terjadi di kalangan umat ini (umat Islam),
sebagaimana yang ditetapkan dalam hadith Abu Said. Dan inilah yang dimaksudkan
dalam bab ini.
6-Pernyataan
Rasulullah s.a.w. bahawa akan terjadi penyembahan berhala daripada kalangan
umat ini.
7-Satu
hal yang amat menghairankan adalah menculnya orang yang mendakwa dirinya
sebagai Nabi, seperti Al Mukhtar bin Abu Ubaid Ats tsaqafi[63]; padahal dia mengucapkan
dua kalimah syahadah, dan menyatakan bahawa dirinya termasuk dalam umat
Muhammad, dan dia meyakini bahawa Rasulullah itu benar dan Al Qur'an juga benar,
yang didalamnya diterangkan bahawa Muhammad adalah penutup para Nabi. Walaupun
demikian dia dipercayai ramai orang, meskipun adanya perbezaan yang jelas
sekali. Dia hidup pada akhir zaman sahabat dan diikuti oleh ramai orang.
8-Rasulullah
s.a.w. menyampaikan khabar gembira bahawa al haq (kebenaran Allah dan
ajaranNya) tidak akan dapat dilenyapkan sama sekali, sebagaimana yang terjadi
pada masa lalu, akan sentiasa ada sekelompok orang yang berpegang teguh dan
membela kebenaran.
9-Bukti
kukuh adalah: mereka walaupun sedikit jumlahnya, tetapi tidak akan goyah oleh
orang-orang yang tidak membantu dan menentang mereka.
10-Keadaan
seperti ini akan berlangsung sehingga hari kiamat.
11-Bukti-bukti
akan kenabian Muhammad s.a.w. yang terkandung dalam hadith ini adalah:
-Pemberitahuan
baginda s.a.w bahawa Allah telah membentangkan kepadanya belahan bumi sebelah
barat dan timur, dan menjelaskan makna dari hal itu; kemudian terjadi seperti
yang baginda s.a.w beritakan, berlainan halnya dengan belahan selatan dan
utara.
-Pemberitahuan
baginda s.a.w bahawa baginda s.a.w diberi dua simpanan yang berharga.
-Pemberitahuan
baginda s.a.w bahawa do'anya untuk umatnya dikabulkan dalam dua hal, sedangkan
hal yang ketiga tidak dikabulkan.
-Pemberitahuan
baginda s.a.w bahawa akan terjadi pertumpahan darah di antara umatnya, dan jika
terjadi tidak akan berakhir sehingga hari kiamat.
-Pemberitahuan
baginda s.a.w bahawa sebahagian umat ini akan menghancurkan sebahagian yang
lain, dan sebahagian mereka menawan sebahagian yang lain.
-Pemberitahuan
baginda s.a.w tentang munculnya orang-orang yang mendakwa dirinya sebagai Nabi
untuk umat ini.
-Pemberitahuan
baginda s.a.w bahawa akan tetap ada sekelompok manusia dari umat ini yang tegak
membela kebenaran, dan mendapat pertolongan Allah.
Dan
itu semua benar-benar telah terjadi seperti yang telah diberitakan, padahal
semua yang diberitakan itu di luar jangkauan akal manusia.
12-Apa
yang baginda s.a.w khuatirkan terhadap umatnya hanyalah munculnya para pemimpin
yang menyesatkan.
13-Perlu
adanya perhatian terhadap makna penyembahan berhala.
_____________________________________
Catatan
Kaki:
[59]
Terdapat bebarapa tafsiran dari kalangan salaf, tentang makna Jibt, antara lain
: berhala, sihir, ahli sihir, tukang ramal, Huyai bin Akhthob dan Ka'ab bin Al
Asyraf (kedua orang ini adalah tokoh orang-orang yahudi pada zaman Rasulullah
s.a.w.). Dengan demikian, pengertian umum mencakupi makna semua ini,
sebagaimana yang dikatakan oleh Al Jauhari dalam As Sihah : "Jibt adalah
kata-kata yang dapat digunakan untuk berhala, tukang ramal, tukang sihir dan
sejenis dengannya .."
Demikian
halnya dengan kata-kata thoghut, terdapat beberapa tafsiran, yang menunjukkan
pengertian umum. Antara lain : syaitan, syaitan dalam diri manusia, berhala,
tukang ramal, Ka'ab Al Asyraf.
Ibnu
Jarir Ath Thobari, dalam menafsirkan ayat ini, setelah menyebutkan beberapa
penafsiran ulama salaf, mengatakan : " … Jibt dan thoghut ialah dua
sebutan untuk setiap yang diagungkan dengan disembah selain Allah, atau ditaati,
atau dipatuhi; baik yang diagungkan itu berupa batu, manusia ataupun syaitan.
[60]
Ayat ini menunjukkan bahawa apabila orang-orang yang diturunkan kepada mereka
Al Kitab beriman kepada Jibt dan Thoghut, maka tidak mustahil dan tidak dapat
disangkal lagi bahawa umat ini yang telah diturunkan kepadanya Al Qur'an akan melakukan
perkara yang sama seperti yang mereka lakukan, kerana Rasulullah s.a.w. telah
memberitahu bahawasanya akan ada di di antara umat ini yang melakukan perkara
yang sama seperti apa yang dilakukan oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani.
[61]
Ayat ini menunjukkan bahawa akan terjadi di kalangan umat ini penyembahan
thaghut, sebagaimana telah terjadi penyembahan thaghut di kalangan ahli kitab.
[62]
Ayat ini menunjukkan bahawa ada di antara umat ini yang mendirikan tempat untuk
beribadah di atas atau di sekitar kubur, sebagaimana yang telah dilakukan oleh
orang-orang sebelum mereka.
Terjemahan
Kitab AtTauhid (Sheikh Muhammad AtTamimi)