Firman
Allah s.w.t (maksudnya):
“Dan
Aku tidak menciptakan jin dan Manusia melainkan hanya
untuk beribadah[1] kepada-Ku.” (QS. Adz -Dzariyat, 56).
Firman
Allah s.w.t (maksudnya):
“Dan
sesungguhnya Kami telah
mengutus Rasul bagi setiap umat (untuk menyeru) beribadah kepada Allah (sahaja)
dan menjauhi thoghut.”[2] (QS. An - Nahl, 36).
Firman
Allah s.w.t (maksudnya):
“Dan
tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan
menyembah (tuhan) selain Dia, dan hendaklah kamu berbuat baik
kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang diantara keduanya
atau kedua-duanya telah lanjut usianya dalam pemeliharaanmu, maka janganlah
sesekali kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah
kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan
rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang, dan
ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka berdua sebagaimana mereka
berdua telah mendidik aku sewaktu kecil” (QS. Al - Isra', 23- 24).
Firman
Allah s.w.t (maksudnya):
“Katakanlah:
marilah kubacakan apa yang diharamkan kepadamu oleh Tuhanmu, iaitu " Janganlah
kamu mempersekutukanNya dengan sesuatu apapun, berbuat
baiklah terhadap kedua orang tuamu, dan janganlah kamu membunuh anak anak kamu
kerana takut kemiskinan. Kami akan memberi rezeki kepadamu dan kepada mereka;
dan janganlah kamu mendekati perbuatan yang keji, baik yang nampak mahupun yang
tersembunyi, dan janganlah kamu membunuh orang yang diharamkan Allah
(membunuhnya) melainkan dengan sesuatu (sebab) yang benar. Demikianlah yang
diperintahkan oleh Tuhanmu kepadamu supaya kamu memahami (nya). Dan janganlah
kamu dekati (ambil) harta anak yatim, kecuali dengan cara yang lebih bermanfaat
(bagi anak yatim), sehingga dia (mencapai usia) dewasa. Dan sempurnakanlah
sukatan dan timbangan dengan adil. Kami tidak membebankan seseorang melainkan
(yang sesuai dengan) kemampuannya. Dan apabila kamu berkata (tentang hukum atau
bersaksi), maka hendaklah kamu berlaku adil, sekalipun dia adalah kaum
kerabat(mu). Dan penuhilah janji Allah. Itulah yang diperintahkan Allah
kepadamu supaya kamu ingat. Dan ini
adalah jalanKu (agama) yang lurus, maka ikutilah ia; dan janganlah kamu
mengikuti jalan-jalan (yang lain), kerana jalan-jalan itu menyimpangkan kamu
dari jalan-Nya.
Itulah yang diperintahkan Allah kepadamu agar kamu bertakwa.” (QS. Al - An'am,
151- 153).
Ibnu
Mas'ud r.a. berkata: "Barang siapa yang ingin melihat wasiat Muhammad
s.a.w. yang tertera di atas cincin milik baginda, maka bacalah firman Allah
s.w.t.: “Katakanlah: marilah kubacakan apa yang diharamkan kepadamu oleh
Tuhanmu, iaitu Janganlah
kamu mempersekutukanNya dengan sesuatu apapun” sehingga
Firman Allah " Dan ini adalah jalan-Ku (agama) yang lurus, maka ikutilah
ia [3] "
Mu'adz
bin Jabal r.a. berkata:
"Aku
pernah diboncengkan Nabi s.a.w. di atas keldai, kemudian beliau berkata
kepadaku: " wahai muadz, tahukah kamu apakah hak Allah yang mesti dipenuhi
oleh hamba-hambaNya, dan apa hak hamba-hambaNya yang pasti dipenuhi oleh
Allah?, Aku menjawab: "Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui",
kemudian beliau bersabda: "Hak Allah yang harus dipenuhi oleh hamba-hambaNya
ialahhendaklah mereka beribadah kepadaNya dan tidak
menyekutukanNya dengan sesuatupun, sedangkan hak hamba yang pasti
dipenuhi oleh Allah ialah bahawa Allah tidak akan menyeksa orang-orang yang
tidak menyekutukanNya dengan sesuatupun, lalu aku bertanya: ya Rasulullah,
bolehkah aku menyampaikan berita gembira ini kepada orang lain?, beliau
menjawab: "Jangan engkau lakukan itu, (kerana khuwatir nanti) mereka akan
bersikap pasrah" (HR. Bukhari, Muslim).
Pelajaran
penting yang terkandung dalam bab ini:
1-Hikmah
diciptakan jin dan manusia oleh Allah s.w.t..
2-Ibadah
adalah tauhid, sebab perselisihan yang terjadi antara Rasulullah s.a.w. dengan
kaumnya adalah dalam masalah tauhid ini.
3-Barang
siapa yang belum menunaikan tauhid ini dalam hidupnya, maka dia belum
menghambakan diri kepada Allah s.w.t.. inilah sebenarnya makna firman Allah: “Dan kamu
semua tidak akan menyembah apa yang aku sembah” (QS. Al
Kafirun, 3)
4-
Hikmah diutusnya para Rasul [adalah untuk menyeru
kepada tauhid, dan melarang melakukan perkara-perkara syirik].
5-Para
Rasul diutus untuk seluruh umat.
6-Ajaran
para Nabi adalah satu, iaitu tauhid [mengesakan Allah s.w.t].
7-Masalah
yang sangat penting adalah: bahawa ibadah kepada Allah s.w.t. tidak akan
tercapai kecuali dengan [mengingkari]
kufur terhadap thoghut.
Dan
inilah maksud dari firman Allah s.w.t.: “Barang siapa yang mengingkari
thoghut dan beriman kepada Allah, maka dia benar benar telah
berpegang teguh kepada tali yang paling kuat” (QS. Al Baqarah, 256).
8-Pengertian
thoghut adalah umum bagi semua yang disembah selain Allah s.w.t..
9-Kepentingan
kedudukan ketiga-tiga ayat hukum yang terdapat dalam surah Al - An'am menurut
para ulama salaf, ada 10 perkara yang perlu diambil perhatian, iaitu dimulakan
dengan larangan
berbuat syrik.
10-Ayat
ayat hukum yang terdapat dalam surah Al Isra mengandungi 18 perkara, dimulai
dengan firman Allah: “Janganlah kamu menjadikan
Allah (disembah) bersama sembahan lain, agar kamu tidak menjadi terhina lagi
tercela”
(QS. Al Isra', 22).
Dan
diakhiri dengan firmanNya: “Janganlah kamu menjadikan
Allah (disembah) bersama sembahan lain, sehingga (nanti) kamu dicampakan
kedalam neraka jahannam dalam keadaan tercela, dijauhkan (dari rahmat Allah)” (QS. Al
Isra', 39).
Dan
Allah mengingatkan kita pula tentang pentingnya masalah ini, dengan firmanNya:
“Itulah sebahagian hikmah yang diwahyukan Tuhanmu kepadamu” (QS. Al Isra', 39).
11-Ayat
yang terdapat dalam surah An-Nisa', disebutkan didalamnya 10 hak, yang pertama
Allah memulainya dengan firmanNya:
“Beribadahlah
kamu semua kepada Allah, dan janganlah
kamu menyekutukanNya dengan sesuatu (sembahan) pun.” (QS. An -
Nisa', 36).
12-Penekanan
terhadap wasiat Rasulullah s.a.w di akhir hayat beliau.
13-Mengetahui
hak-hak Allah yang wajib kita laksanakan.
14-Mengetahui
hak-hak hamba yang pasti akan dipenuhi oleh Allah apabila mereka
melaksanakannya.
15-Masalah
ini tidak diketahui oleh sebahagian besar para sahabat [4].
16-Boleh
merahsiakan ilmu pengetahuan untuk kebaikan.
17-Digalakkan
untuk menyampaikan berita yang menggembirakan kepada sesama muslim.
18-Rasulullah
s.a.w. merasa bimbang terhadap sikap menyandarkan diri kepada keluasan rahmat
Allah.
19-Jawapan
orang yang ditanya, apabila dia tidak mengetahui adalah: "Allah dan RasulNya
yang lebih mengetahui.
20-Dibolehkan
memberikan ilmu kepada orang tertentu saja, tanpa (memberikan ilmu kepada) yang
lain.
21-Kerendahan
hati Rasulullah s.a.w., sehingga beliau hanya naik keldai, serta mahu
memboncengkan salah seorang dari sahabatnya.
22-Boleh
memboncengkan seseorang diatas binatang, jika binatang itu kuat.
23-Kelebihan
Muadz bin Jabal.
24-Tauhid
adalah perkara yang sangat penting.
_____________________________________
Catatan
Kaki:
[1]
Ibadah ialah menghambakan
diri kepada Allah ta'ala dengan mentaati segala perintahNya dan menjauhi segala
laranganNya, sebagaimana yang telah disampaikan oleh Rasulullah saw. Dan inilah
sebenarnya agama Islam, kerana makna Islam ialah menyerahkan
diri hanya kepada Allah sahaja, yang disertai dengan ketaatan sepenuhnya
kepadaNya, dengan penuh rasa rendah diri dan cinta.
Ibadah
juga dimaksudkan dengan segala perkataan dan perbuatan, baik yang zahir mahupun
yang batin, yang dicintai dan diredhai oleh Allah. Dan sesuatu amal hanya akan
diterima oleh Allah sebagai ibadah apabila berniat ikhlas semata-mata hanya
kerana Allah; dan mentaati perintah Rasulullah saw.
[2]
Thoghut ialah : setiap
yang diagungkan - selain Allah - dengan
disembah, ditaati, atau dipatuhi ; baik yang diagungkan itu adalah batu,
manusia ataupun syaitan.
Menjauhi
thoghut bererti mengingkarinya, tidak menyembah dan memujanya, dalam apa-apa
bentuk dan cara apapun.
[3]
Diriwayatkan oleh At Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ibnu Abi Hatim.
[4]
Tidak diketahui oleh sebahagian besar para sahabat, kerana Rasulullah menyuruh
Muadz agar tidak memberitahu kepada meraka, dengan alasan bahawa baginda
s.a.w bimbang jika nanti mereka akan bersikap bertawakal kepada keluasan rahmat
Allah. Sehingga tidak mahu
berlumba-lumba dalam mengerjakan amal soleh. Maka Mu'adz pun tidak menyebarkan
perkara tersebut, kecuali di akhir hayatnya dengan rasa berdosa. Oleh sebab
itu, sewaktu Mu'adz masih hidup, perkara ini tidak diketahui oleh kebanyakan
para sahabat.
Terjemahan
Kitab AtTauhid (Sheikh Muhammad AtTamimi)
No comments:
Post a Comment