Imam
Ahmad meriwayatkan: telah diceritakan kepada kami oleh Muhammad bin Ja'far dari
Auf dari Hayyan bin 'Ala' dari Qathan bin Qubaishah dari bapanya, bahawa dia
telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Iyafah,
Tharq dan Thiyarah adalah termasuk Jibt"
Auf
menafsirkan hadith ini dengan mengatakan:
Iyafah
adalah meramal nasib seseorang dengan menerbangkan burung.
Tharq
adalah meramal nasib seseorang dengan membuat garis di atas tanah.
Jibt
adalah sebagaimana yang telah dikatakan oleh Hasan: suara syaitan. (hadith
dengan sanad jayyid).
Dan
diriwayatkan pula oleh Abu Daud, An Nasa'i, dan Ibnu Hibban dalam sahihnya
dengan hanya menyebutkan lafaz hadith dari Qabishah, tanpa menyebutkan
tafsirannya.
Diriwayatkan
dari Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Barang
siapa yang mempelajari sebahagian dari ilmu nujum (perbintangan) sesungguhnya
dia telah mempelajari sebahagian ilmu sihir. semakin bertambah (dia mempelajari
ilmu nujum) semakin bertambah pula (dosanya)"
(Hadith
Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih).
An-Nasai
meriwayatkan hadith dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Barang
siapa yang membuat suatu ikatan, kemudian meniupnya (sebagaimana yang dilakukan
oleh tukang sihir) maka dia telah melakukan sihir, dan barang siapa yang
melakukan sihir maka dia telah melakukan perkara syirik, dan barang siapa yang
menggantungkan sesuatu benda (azimat) pada dirinya, maka Allah akan
menjadikannya sentiasa bergantung pada benda itu".
Dari
Ibnu Mas'ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Mahukah
aku beritakan kepada kalian apakah Adh-h itu?, Ia adalah perbuatan mengadu
domba, iaitu banyak mengumpat dan menghasut antara manusia" (Hadith Riwayat Muslim).
Dan
ibnu Umar r.a. menuturkan, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya
di antara susunan kata yang indah itu terdapat kekuatan sihir." (Hadith
Riwayat Bukhari dan Muslim)
Kandungan
bab ini:
1-Di
antara jenis sihir (Jibt) adalah iyafah, thorq dan thiyarah.
2-Penjelasan
tentang makna iyafah, thorq dan thiyarah.
3-Ilmu
nujum (perbintangan) termasuk salah satu jenis sihir.
4-Membuat
simpulan ikatan kemudian ditiup padanya termasuk sihir.
5-Mengadu
domba termasuk perbuatan sihir.
6-Keindahan
susunan kata [yang membuat kebatilan seolah-olah nampak seperti kebenaran dan
kebenaran seolah-olah nampak seperti kebatilan] juga termasuk perbuatan sihir.
Terjemahan
Kitab AtTauhid (Sheikh Muhammad AtTamimi)
No comments:
Post a Comment