Diriwayatkan
dari Jabir r.a, bahawa Rasulullah s.a.w ketika ditanya tentang Nusyrah, baginda
s.a.w menjawab:
"Hal
itu termasuk perbuatan syaitan"
(Hadith
Riwayat Ahmad dengan sanad yang baik, dan Abu Daud)
Imam
Ahmad ketika ditanya tentang nusyrah, menjawab: "Ibnu Mas'ud membenci semua
itu"
Diriwayatkan
dalam sahih Bukhari, bahawa Qotadah mengatakan: Aku bertanya kepada Said bin
Musayyab: "Seseorang yang terkena sihir, sehingga tidak boleh menggauli
isterinya, bolehkah dia diubati dengan menggunakan Nusyrah?", dia
menjawab:
"Tidak
mengapa, kerana yang mereka inginkan hanyalah sesuatu kebaikan untuk menolak
kemudharatan, sedangkan sesuatu yang bermanfaat itu tidaklah dilarang."
Diriwayatkan
daripada Al Hasan r.a dia berkata: "tidak ada yang dapat melepaskan pengaruh
sihir kecuali tukang sihir"
Ibnu
Qoyyim menjelaskan: "Nusyrah adalah penyembuhan terhadap seseorang yang
terkena sihir. Ada dua cara iaitu:
Pertama:
dengan menggunakan sihir juga, dan ini termasuk dalam perbuatan syaitan. Dan
pendapat Al Hasan diatas termasuk dalam kategori ini, kerana orang yang
menyembuhkan dan orang yang disembuhkan mendekati syaitan dengan apa yang
diinginkannya, sehingga dengan demikian perbuatan syaitan itu gagal memberi kesan
terhadap orang yang terkena sihir itu.
Kedua:
Penyembuhan dengan menggunakan Ruqyah dan ayat-ayat yang mengandungi permintaan
perlindungan kepada Allah s.w.t, melalui ubat-ubatan dan melalui doa-doa yang
dibolehkan. Cara ini hukumnya dibolehkan.
Kandungan
bab ini:
1-Larangan
Nusyrah (penyembuhan terhadap seseorang yang terkena sihir dengan menggunakan
sihir juga).
2-Perbezaan
antara Nusyrah yang dilarang dan yang dibolehkan. Dengan demikian masalah di
atas menjadi jelas.
Terjemahan
Kitab AtTauhid (Sheikh Muhammad AtTamimi)
No comments:
Post a Comment