Firman
Allah s.w.t (maksudnya):
“Ketahuilah,
sesungguhnya perkara sial (yang berlaku pada) mereka itu adalah ketetapan dari
Allah, akan tetapi mereka tidak mengetahui” (QS. Al A'raf, 131)
Firman
Allah s.w.t (maksudnya):
“Mereka
(para Rasul) berkata: "perkara sial (yang berlaku pada) kalian itu adalah
kerana kalian sendiri, adakah kamu diberi peringatan (bahawa kamu bernasib
sial)? sebenarnya kamu adalah kaum yang melampaui batas.”
(QS.
Yasin, 19).
Diriwayatkan
dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Tidak
ada 'Adwa, Thiyarah, Hamah, Sofar"
(Hadith
Riwayat Bukhari dan Muslim), dan dalam riwayat Imam Muslim terdapat tambahan:
"dan tidak ada Nau', serta ghaul." [68].
Imam
Bukhari dan Muslim meriwayatkan pula dari Anas bin Malik r.a, dia berkata:
Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
"Tidak
ada 'Adwa dan tidak ada Thiyarah, tetapi Fa'l menyenangkan diriku", para
sahabat bertanya: "apakah Fa'l itu?" baginda menjawab: "iaitu
kata-kata yang baik"
Abu
Daud meriwayatkan dengan sanad yang sahih, dari Uqbah bin Amir, dia berkata:
"Thiyarah disebut-sebut di hadapan Rasulullah s.a.w., maka baginda pun
bersabda:
"Yang
paling baik adalah Fa'l, dan Thiyarah tidak boleh menggagalkan seseorang muslim
dari niatnya, apabila salah seorang di antara kamu melihat sesuatu yang tidak diinginkannya,
maka hendaknya berdo'a: "Ya Allah, tiada yang dapat mendatangkan kebaikan
kecuali Engkau, dan tiada yang dapat menolak kejahatan kecuali Engkau, dan
tidak ada daya serta kekuatan kecuali atas pertolonganMu".
Abu
Daud meriwayatkan hadith yang marfu' dari Ibnu Mas'ud r.a., bahawa Rasulullah
s.a.w. bersabda:
"Thiyarah
perbuatan syirik, thiyarah perbuatan syirik, tidak ada seorang pun dari antara
kita kecuali (telah terjadi dalam hatinya sesuatu dari hal ini), hanya saja
Allah s.w.t. boleh menghilangkannya dengan tawakkal kepadaNya".(Hadith
Riwayat Abu Daud)
Hadith
ini diriwayatkan juga oleh At Tarmizi dan dinyatakan sahih, dan perkataan
terakhir dia jadikan sebagai ucapan Ibnu Mas'ud)
Imam
Ahmad meriwayatkan hadith dari Ibnu Umar r.a., bahawa Rasulullah s.a.w
bersabda:
"Barang
siapa yang mengurungkan hajatnya kerana thiyarah ini, maka dia telah melakukan
perkara syirik", para sahabat bertanya: "lalu apa yang boleh
menebusnya?", Rasulullah s.a.w. menjawab: " hendaknya dia berdoa:
"ya Allah, tiada kebaikan kecuali kebaikan dariMu, dan tiada kesialan
kecuali kesialan dariMu, dan tiada sembahan kecuali Engkau"
Dan
dalam riwayat yang lain dari Fadl bin Abbas, Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesugguhnya
Thiyarah itu boleh menjadikan kamu terus melangkah, atau yang boleh mengurungkan
niat (dari tujuan kamu)"
Kandungan
bab ini:
1-Penjelasan
tentang kedua ayat tersebut di atas, surah Al A'raf 131, dan Yasin 19.
2-Pernyataan
bahawa tidak ada 'Adwa .
3-Pernyataan
bahawa tidak ada thiyarah.
4-Pernyataan
bahawa tidak ada hamah.
5-Pernyataan
bahawa tidak ada sofar.
6-Al
Fa'l tidak termasuk yang dilarang oleh Rasulullah, bahkan digalakkan.
7-Penjelasan
tentang makna Al Fa'l.
8-Apabila
terjadi tathoyyur dalam hati seseorang, tetapi dia tidak menginginkannya, maka
hal itu tidak apa-apa baginya, bahkan Allah s.w.t akan menghilangkannya dengan
tawakkal kepadaNya.
9-Penjelasan
tentang doa yang dibacanya, saat seseorang menjumpai hal tersebut.
10-Ditegaskan
bahawa thiyaroh termasuk perkara syirik.
11-Penjelasan
tentang thiyarah yang tercela dan terlarang.
_____________________________________
Catatan
Kaki:
[68]
Adwa : penjangkitan atau penularan penyakit. Maksud sabda Nabi di sini ialah
untuk menolak anggapan mereka ketika masih hidup pada zaman jahiliyah, bahawa
penyakit berjangkit atau menular dengan sendirinya, tanpa kehendak dan takdir
Allah s.w.t.. Anggapan inilah yang ditolak oleh Rasulullah s.a.w, bukan adanya jangkitan
atau penularan; sebab, dalam riwayat lain, setelah hadith ini, disebutkan :
"… dan jauhilah orang yang terkena penyakit kusta sebagaimana kamu
menjauhi singa."
(Hadith
Riwayat Bukhari).
Ini
menunjukkan bahawa jangkitan atau penularan penyakit dengan sendirinya tidak
ada, tetapi semuanya atas kehendak dan takdir Ilahi, namun sebagai muslim, di
samping beriman kepada takdir tersebut haruslah berusaha melakukan tindakan
selanjutnya sebelum terjadi penularan sebagaimana usaha menjauhi diri dari
terkaman singa. Inilah hakikat beriman kepada takdir Ilahi.
Thiyarah
: merasa bernasib sial atau meramal nasib buruk kerana melihat burung, binatang
lainnya, atau apa saja.
Hamah
: burung hantu. Orang-orang jahiliyah merasa bernasib sial dengan melihatnya,
apabila ada burung hantu hinggap di atas rumah salah seorang diantara mereka,
dia merasa bahawa burung ini membawa berita kematian tentang dirinya sendiri,
atau salah satu anggota keluarganya. Dan maksud baginda s.a.w adalah untuk
menolak anggapan yang tidak benar ini. Bagi seseorang muslim, anggapan seperti
ini seharusnya tidak berlaku, semuanya adalah dari Allah dan sudah ditetapkan
olehNya.
Safar
: bulan kedua dalam tahun hijriyah, iaitu bulan sesudah Muharram. Orang-orang
jahiliyah beranggapan bahawa bulan ini membawa nasib sial atau tidak
menguntungkan yang dinyatakan tidak ada oleh Rasulullah. Dan termasuk dalam
anggapan seperti ini : merasa bahawa hari rabu mendatangkan sial, dan lain
lain. Hal ini termasuk dalam jenis thiyarah, dilarang dalam Islam.
Nau'
: bintang; erti asalnya adalah : tenggelam atau terbitnya suatu bintang.
Orang-orang jahiliyah menisbahkan turunnya hujan kepada bintang ini, atau
bintang itu. Maka Islam datang mengikis anggapan seperti ini, bahawa tidak ada
hujan turun kerana suatu bintang tertentu, tetapi semua itu adalah ketentuan
dari Allah s.w.t..
Ghaul
: hantu, salah satu makhluk jenis jin. Mereka beranggapan bahawa hantu ini
dengan perubahan bentuk mahupun warnanya dapat menyesatkan seseorang dan
mencelakakannya. Sedangkan maksud sabda Nabi di sini bukanlah tidak mengakui kewujudan
makhluk seperti ini, tetapi menolak anggapan mereka yang tidak baik tersebut
yang mengakibatkan takut kepada selain Allah, serta tidak bertawakkal
kepadaNya, inilah yang ditolak oleh baginda s.a.w. Untuk itu dalam hadith lain
baginda s.a.w bersabda : "Apabila hantu cuba untuk manakut-nakuti kamu,
maka serukanlah azan."
Ertinya
: tolaklah kejahatannya itu dengan berzikir dan mengingati Allah. Hadith ini
diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam Al Musnad.
Terjemahan
Kitab AtTauhid (Sheikh Muhammad AtTamimi)
No comments:
Post a Comment