Firman
Allah s.w.t (maksudnya):
“Demi
Allah, sesungguhnya orang-orang Yahudi itu telah meyakini bahawa barang siapa
yang menukar (kitab Allah) dengan sihir, maka tidak akan mendapatkan bahagian
(keuntungan) di akhirat”
(QS.
Al Baqarah, 102).
Firman
Allah s.w.t (maksudnya):
“Dan
mereka beriman kepada Jibt dan Thoghut” (QS. An nisa', 51).
Menurut
tafsiran Umar bin Khothob r.a.: Jibt adalah sihir, sedangkan Thoghut adalah
syaitan.
Manakala
Jabir r.a. berkata: Thoghut adalah para tukang ramal yang didatangi syaitan;
yang ada pada setiap kabilah.
Diriwayatkan
dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Jauhilah
tujuh perkara yang membawa kehancuran !, para sahabat bertanya: "Apakah tujuh
perkara itu, ya Rasulullah?",
baginda
menjawab: " iaitu syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang
diharamkan Allah kecuali dengan sebab yang dibenarkan oleh agama, makan riba,
makan harta anak yatim, membelot dalam peperangan, menuduh zina terhadap wanita
yang terjaga dirinya dari perbuatan dosa dan tidak memikirkan untuk melakukan
dosa, dan beriman kepada Allah" (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
Diriwayatkan
dari Jundub bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda dalam hadis marfu':
"Hukuman
bagi tukang sihir adalah dipenggal lehernya dengan pedang"
(Hadith
Riwayat Imam Tarmizi, dan ia berkata: pendapat yang benar ini adalah perkataan
sahabat).
Dalam
sahih Bukhari, dari Bajalah bin Abdah, dia berkata:
"Umar
bin AlKhattab telah mewajibkan untuk membunuh setiap tukang sihir, baik
laki-laki mahupun perempuan, maka kami telah membunuh tiga tukang sihir."
Dan
dalam sahih Bukhari juga, Hafsah, ra. telah memerintahkan untuk membunuh hamba
perempuannya yang telah menyihirnya, maka hamba perempuannya pun dibunuh, dan
begitu juga riwayat yang sahih dari Jundub.
Imam
Ahmad berkata: "diriwayatkan dalam hadis sahih, bahawa hukuman mati
terhadap tukang sihir ini telah dilakukan oleh tiga orang sahabat Nabi (Umar,
Hafsah dan Jundub).
Kandungan
bab ini:
1-Penjelasan
tentang ayat yang terdapat dalam surah Al Baqarah[64].
2-Penjelasan
tentang ayat yang terdapat dalam surah An Nisa'[65].
3-Penjelasan
tentang makna Jibt dan Thoghut, serta perbezaan antara keduanya.
4-Thoghut
itu boleh terdiri dari kalangan Jin, dan boleh juga terdiri dari kalangan
manusia.
5-Mengetahui
tujuh perkara yang boleh menyebabkan kehancuran, yang dilarang secara husus
oleh Nabi s.a.w.
6-Tukang
sihir itu kafir.
7-Tukang
sihir itu dihukum mati tanpa diminta agar bertaubat terlebih dahulu.
8-Jika
perbuatan sihir itu telah ada dikalangan kaum muslimin pada zaman Umar r.a,
bagaimana pula pada zaman selepasnya?.
_____________________________________
Catatan
Kaki:
[63]
Al Mukhtar bin Abu Ubaid bin Mas'ud Ats Tsaqafi. Termasuk tokoh yang
memberontak terhadap kekuasaan Bani Umayyah dan menonjolkan kecintaan kepada
Ahlul bait. Mengaku bahawa dia adalah nabi dan menerima wahyu. Di bunuh oleh
Mush'ab bin Az Zubair pada tahun 67 H. (687 M).
[64]
Ayat pertama menunjukkan bahawa sihir haram hukumnya, dan pelakunya kafir, disamping
mengandungi ancaman berat bagi orang yang berpaling dari kitab Allah, dan
mengamalkan amalan yang tidak bersumber darinya.
[65]
Ayat kedua menunjukkan bahawa ada di antara umat ini yang beriman kepada sihir
(Jibt), sebagaimana ahli kitab beriman kepadanya, kerana Rasulullah s.a.w.
telah menegaskan bahawa akan ada di antara umat ini yang mengikuti (dan meniru)
umat-umat sebelumnya.
Terjemahan
Kitab AtTauhid (Sheikh Muhammad AtTamimi)
No comments:
Post a Comment