Friday, 21 September 2012

Jenis-jenis Cinta


Syaikh Ibnu Utsaimin berkata:  
“Cinta itu ada pelbagai jenis;

Pertama: Cinta kerana Allah
Cinta ini tidak menafikan tauhid. Bahkan ia merupakan sebahagian daripada kesempurnaan tauhid.
Tali iman yang paling kuat adalah mencintai kerana Allah dan membenci kerana Allah.
Maksud mencintai kerana Allah ialah engkau mencintai sesuatu kerana Allah mencintainya; sama ada ia dicintai itu adalah individu atau amalan.
Ini merupakan daripada kesempurnaan tauhid.

Majnun Laila berkata:
Aku melalui rumah itu; iatu rumah Laila
Aku mencium dinding ini dan dinding ini
Bukanlah kecintaan kepada tempat tinggal melamun hatiku
Namun kecintaan kepada yang tinggal di rumah itu

Kedua: Cinta naluri yang tidak memberi kesan kepada cinta seseorang kepada Allah.
Cinta ini tidak menafikan cinta kepada Allah.
Contohnya, cinta kepada  isteri, anak dan harta.

Dalilnya: Nabi shallahu ‘alaihi wa sallam ditanya: “Siapakah orang yang paling engkau cintai?” Maka beliau menjawab: “Aisyah” Seterusnya beliau ditanya lagi: “Siapakah lelaki yang paling engkau cintai?” Beliau menjawab: “Ayahnya” [Shahih al-Bukhari 9/3, Shahih Muslim 4/1856]
Antara contoh yang lain adalah cinta terhadap makanan, minuman dan pakaian.

Ketiga: Cinta bersama-sama Allah yang menafikan cinta kepada Allah.
Maksudnya, mencintai sesuatu selain daripada Allah sama dengan cinta kepada Allah; ataupun cinta terhadap perkara tersebut melebihi daripada cinta kepada Allah; di mana apabila ada pertentangan antara cinta terhadap Allah dan cinta terhadap selain Allah, maka dia mendahulukan cintanya kepada kepada selain Allah.
Ini terjadi ketika dia menjadikan cinta kepada selain Allah sebanding dengan cinta kepada Allah, sama ada dia mendahulukan cintanya itu daripada cinta kepada Allah atau dia menyamakan cintanya itu sebagaimana cintanya kepada Allah.


*[al-Qaul al-Mufid ‘ala Kitab at-Tauhid, Syaikh Muhammad bin Soleh al-Utsaimin, Dar Ibnu al-Jauzi 1/156]

No comments:

Post a Comment