Imam
Malik meriwayatkan dalam kitabnya Al Muwatto', bahawa Rasulullah s.a.w.
bersabda:
"Ya
Allah, janganlah Engkau jadikan kuburku sebagai berhala yang disembah. Allah
sangat murka terhadap orang-orang yang telah menjadikan kubur para Nabi mereka
sebagai tempat ibadah".
Diriwayatkan
oleh Ibnu Jarir, dengan sanadnya daripada Sufyan daripada Mansur daripada Mujahid,
berkaitan dengan ayat: “Jelaskan kepadaku (wahai kaum musyrikin) tentang
(berhala yang kamu anggap sebagai anak perempuan Allah) Al Latta dan Al Uzza”
(QS. An Najm, 19)
Dia
(Mujahid) berkata: "Al Latta adalah seorang yang dahulunya tukang mengaduk
tepung (dengan air atau minyak) untuk dihidangkan kepada jemaah haji. Setelah
dia meninggal dunia, mereka pun sentiasa mendatangi kuburnya."
Demikian
pula tafsiran Ibnu Abbas r.a. sebagaimana yang dikatakan oleh Ibnul Jauza':
" Dia itu pada mulanya adalah tukang mengaduk tepung untuk para jemaah
haji."
Diriwayatkan
dari Ibnu Abbas r.a, dia berkata:
"Rasulullah
s.a.w. melaknat kaum wanita yang menziarahi kubur, serta orang-orang yang
menjadikan kubur sebagai tempat ibadah dan sesiapa yang memberikan cahaya
penerang di atas kubur."(HR. para penulis kitab Sunan)
Kandungan
dalam bab ini:
1-Penjelasan
tentang maksud berhala[56].
2-Penjelasan
tentang maksud ibadah[57].
3-Rasulullah
s.a.w dengan doanya itu, tiada lain hanyalah memohon kepada Allah supaya
dihindari daripada sesuatu yang dikhuatiri terjadi pada umatnya, sebagaimana
yang telah terjadi pada umat-umat sebelumnya, iaitu sikap berlebih-lebihan
terhadap kubur baginda s.a.w, yang akhirnya kubur baginda s.a.w nanti akan
menjadi berhala yang disembah.
4-Dalam
doanya, baginda s.a.w sertakan pula (doa supaya umatnya dijauhkan daripada) apa
yang dilakukan oleh orang-orang terdahulu dengan menjadikan kubur para Nabinya
sebagai tempat beribadah.
5-Penjelasan
bahawa Allah sangat murka [terhadap orang-orang yang menjadikan kubur sebagai
tempat ibadah].
6-Di
antara masalah yang sangat penting untuk dijelaskan dalam bab ini adalah mengetahui
sejarah penyembahan Al Latta, berhala terbesar orang-orang jahiliyah.
7-Mengetahui
bahawa berhala itu asalnya adalah kubur orang seorang soleh [yang diperlakukan
secara berlebih-lebihan dengan sentiasa dikunjungi oleh mereka].
8-Al
Latta adalah nama orang yang dikuburkan itu, pada mulanya adalah seorang
pengaduk tepung untuk disajikan kepada para jemaah haji.
9-Rasulullah
s.a.w melaknat penziarah kubur wanita.
10-Baginda
s.a.w juga melaknat orang-orang yang memberikan cahaya penerang di atas kubur.
_____________________________________
Catatan
Kaki:
[56]
Berhala adalah sesuatu yang diagungkan selain Allah, seperti kubur, batu, pohon
dan yang sejenisnya.
[57]
Mengagungkan kubur dengan menjadikannya sebagai tempat ibadah adalah termasuk dalam
pengertian ibadah yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w.
Terjemahan
Kitab AtTauhid (Sheikh Muhammad AtTamimi)
No comments:
Post a Comment