Firman Allah s.w.t.:
“Orang
orang yang mereka seru itu, mereka sendiri mencari jalan kepada tuhan mereka,
siapa diantara mereka yang lebih dekat (kepada Allah), dan mereka mengharapkan
rahmatNya serta takut akan siksaNya; sesungguhnya siksa Tuhanmu adalah sesuatu
yang (harus) ditakuti.” (QS. Al Isra', 57)
“Dan
ingatlah ketika Ibrahim berkata kepada bapa dan kaumnya: sesungguhnya aku
berlepas diri dari apa yang kalian sembah, kecuali (Allah) Tuhan yang telah
menciptakan aku, kerana hanya Dia yang akan menunjukkan (jalan kebenaran).”
(QS. Az zukhruf, 26-27).
“Mereka
menjadikan orang-orang alim dan pendeta-pendeta mereka sebagai tuhan-tuhan
selain Allah, dan (mereka mempertaruhkan pula) Al Masih putera Maryam; padahal
mereka itu tiada lain hanyalah diperintahkan untuk beribadah kepada satu
sembahan, tiada sembahan yang berhak disembah selain Dia. Maha suci Allah dari
perbuatan syirik mereka.” (QS. Al Taubah, 31).
“Diantara
sebahagian manusia ada yang menjadikan tuhan-tuhan, seruan selain Allah, mereka
mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah, adapun orang-orang yang
beriman mereka lebih kuat cintanya kepada Allah.” (QS. Al Baqarah, 165).
Diriwayatkan
dalam Sahih Muslim, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Barang
siapa yang mengucapkan “la Ilaha Illallah”, dan mengingkari sesembahan selain
Allah, maka haramlah harta dan darahnya, dan segala hitungan amalnnya terserah
kepada Allah".
Keterangan
tentang bab ini akan dipaparkan pada bab-bab berikutnya.
Di
dalamnya terdapat masalah yang paling besar dan paling penting, iaitu
perbahasan tentang makna tauhid dan syahadah.
Masalah
tersebut telah diterangkan dengan beberapa hal yang cukup jelas, antara lain:
1-Ayat
dalam surah Al Isra'. Diterangkan dalam ayat ini mengenai sanggahan terhadap
orang-orang musyrik (orang-orang yang mensyirikkan allah), yang memohon kepada
orang-orang yang soleh. Oleh kerana itu, ayat ini mengandungi suatu penjelasan
bahawa perbuatan mereka itu adalah syirik besar[18].
2-Ayat
dalam surah At taubah. Diterangkan dalam ayat ini bahawa ahli-ahli kitab telah
menjadikan orang-orang alim dan pendeta-pendeta mereka sebagai tuhan-tuhan
selain Allah, dan dijelaskan pula bahawa mereka hanya diperintahkan untuk
menyembah kepada satu sesembahan, dan menurut tafsiran yang sebenarnya mereka
hanya diperintahkan untuk taat kepadanya dalam hal-hal yang tidak berkaitan
dengan maksiat kepada Allah, dan tidak berdoa kepadanya.
3-Kata-kata
Nabi Ibrahim a.s. kepada orang-orang kafir: "sesungguhnya saya berlepas
diri dari apa yang kalian sembah, kecuali Tuhan yang menciptakanku".
Di sini
baginda a.s mengecualikan Allah dari segala sesembahan.
Pembebasan
(dari segala sembahan yang batil) dan pernyataan setia (kepada sembahan yang
berhak disembah, iaitu Allah) adalah makna sebenar syahadah “la Ilaha Illallah”.
Allah
s.w.t. berfirman:
“Dan
Nabi Ibrahim menjadikan kalimat (syahadah) ini kalimah yang kekal pada
keturunannya, agar mereka ini kembali (kepada jalan yang benar).” (QS. Az
Zukhruf, 28)
4-Ayat
dalam surah Al Baqarah yang berkenaan dengan orang-orang kafir, yang dinyatakan
oleh Allah dalam firmanNya:
“Dan
mereka tidak akan dapat keluar dari neraka.”
Disebutkan
dalam ayat tersebut, bahawa mereka menyembah seruan-seruan yang lain selain
Allah, iaitu dengan mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah, ini
menunjukkan bahawa mereka mempunyai kecintaan yang besar kepada Allah, meskipun
demikian kecintaan mereka ini belum menjadikan mereka termasuk dalam agama
Islam[19].
Lalu
bagaimana dengan mereka yang cintanya kepada sesembahan selain Allah itu lebih
besar dari cintanya kepada Allah?
Lalu
bagaimana lagi orang-orang yang cuma hanya mencintai sesembahan selain Allah,
dan tidak mencintai Allah?
5-Sabda
Rasulullah s.a.w.:
"Barang
siapa yang mengucapkan “la Ilaha Illallah”, dan mengingkari sesembahan selain
Allah, maka haram darah dan hartanya, sedangkan perhitungannya kembali kepada
Allah".
Ini
termasuk hal yang penting sekali yang menjelaskan pengertian “la Ilaha
Illallah”. Kerana apa yang dijadikan Rasulullah sebagai pelindung darah dan
harta bukanlah sekadar mengucapkan kalimat itu dengan lisan atau memahami erti
dan lafaznya, atau mengetahui akan kebenarannya, bukan juga kerana tidak
meminta kecuali kepada Allah saja, yang tiada sekutu bagiNya, akan tetapi harus
disertai dengan tidak adanya sembahan lain kecuali hanya kepadaNya.
Jika
dia masih ragu atau bimbang, maka belumlah haram dan terlindung harta dan
darahnya.
Betapa
besar dan pentingnya penjelasan makna “la Ilaha Illallah” yang terdapat dalam
hadith ini, dan betapa jelasnya keterangan yang dikemukakan, dan kuatnya hujah
yang diajukan kepada orang-orang yang menentangnya.
____________________________________
Catatan
Kaki:
[18]
Dapat diambil kesimpulan dari ayat dalam surat Al Isra' tersebut bahawa makna
tauhid dan syahadat "La Ilaha Illallah" iaitu : meninggalkan apa yang
dilakukan oleh orang orang musyrik, seperti menyeru (memohon) kepada
orang-orang soleh dan meminta syafaat mereka.
[19]
Dari ayat dalam surat AlBaqarah tersebut diambil kesimpulan bahawa penjelasan
makna tauhid dan syahadat "La Ilaha Illallah" iaitu : melaksanakan
segala pengakuan kepada Allah dengan diiringi rasa rendah diri dan penghambaan
hanya kepadaNya.
Terjemahan
Kitab AtTauhid (Sheikh Muhammad AtTamimi)
No comments:
Post a Comment