Firman Allah s.w.t.:
“Sesungguhnya
Ibrahim adalah seorang imam yang patuh kepada Allah, berpegang teguh pada
kebenaran, dan dia bukanlah
termasuk di kalangan orang-orang yang mensyirikkan (menyekutukan Allah)”
(QS, An Nahl, 120)
“Dan orang-orang yang tidak
mempersekutukan Tuhan mereka (dengan sesuatu apapun).”
(QS. Al
Mu'minun, 59)
Husain
bin Abdurrahman berkata: "Ketika aku berada di sisi Said bin Zubair, dia
bertanya: "siapakah diantara kalian yang melihat bintang yang jatuh semalam?,
kemudian aku menjawab:
"
aku ", kemudian aku berkata: " ketahuilah, sesungguhnya aku ketika
itu tidak melaksanakan solat, kerana aku disengat kalajengking", lalu dia
bertanya kepadaku: "lalu apa yang kau lakukan?", aku menjawab:
"aku minta di ruqyah[10]", ia bertanya lagi: "apa yang mendorong
kamu melakukan hal itu?", aku menjawab: "iaitu: sebuah hadith yang
diriwayatkan oleh Asy Sya'by kepada kami", dia bertanya lagi: "dan
apakah hadith yang diriwayatkan kepadamu itu?", aku menjawab: "dia
meriwayatkan kepada kami hadith dari Buraidah bin Hushaib:
"Tidak
boleh Ruqyah kecuali kerana ain[11] atau terkena sengatan".
Said pun
berkata: "sungguh telah berbuat baik orang yang telah mengamalkan apa yang
telah didengarnya, tetapi Ibnu Abbas menuturkan hadith kepada kami dari Nabi
s.a.w, beliau bersabda:
"Telah
ditunjukkan kepadaku beberapa kelompok umat, lalu aku melihat seorang Nabi,
bersamanya sekelompok manusia, dan seorang Nabi, bersamanya satu dan dua orang
saja, dan Nabi yang lain lagi tanpa ada seorangpun yang bersama dengannya,
tiba-tiba diperlihatkan kepadaku sekelompok manusia yang banyak jumlahnya, aku
menyangka bahawa mereka itu umatku, tetapi dikatakan kepadaku: bahawa mereka
itu adalah Musa dan kaumnya, tiba tiba aku melihat lagi sekelompok umat yang
lain yang jumlahnya sangat besar, maka dikatakan kepadaku: mereka itu adalah
umatmu, dan bersama mereka berjumlah 70 000 orang yang masuk syurga tanpa hisab
dan tanpa disiksa lebih dahulu, kemudian baginda s.a.w bangkit dan masuk ke
dalam rumahnya, maka orang-orang (sekeliling yang berada di situ) pun
berbincang tentang siapakah mereka itu?, ada diantara mereka yang berkata:
mungkin mereka itu orang orang yang telah mengikuti Nabi dalam hidupnya, dan
ada lagi yang berkata: mungkin mereka itu orang-orang yang dilahirkan dalam
suasana Islam sehingga tidak pernah menyekutukan Allah dengan sesuatupun, dan
yang lainnya menyebutkan yang lain pula.
Kemudian
Rasulullah s.a.w. keluar dan merekapun memberitahukan hal tersebut kepada
baginda. Maka baginda bersabda: "Mereka
itu adalah orang-orang yang tidak pernah minta diruqyah, tidak melakukan
tathoyyur[12] dan tidak pernah
meminta lukanya diletakkan pada besi yang dipanaskan, dan mereka bertawakkal
kepada tuhan mereka, kemudian
Ukasyah bin Mihson berdiri dan berkata: mohonkanlah kepada Allah agar aku
termasuk dari kalangan mereka, kemudian baginda bersabda: "engkau termasuk
dari kalangan mereka", kemudian seseorang yang lain berdiri dan berkata:
mohonkanlah kepada Allah agar aku juga termasuk dari kalangan mereka, baginda
menjawab: "Ukasyah telah mendahului kamu dengan doa tersebut"
(HR.
Bukhori dan Muslim)
Kandungan
bab ini:
1-Mengetahui martabat manusia dalam perkara
Tauhid.
2-Apa
yang dimaksudkan dengan mengamalkan
tauhid dengan sebaik-baiknya.
3-Pujian
Allah kepada Nabi Ibrahim, kerana beliau tidak
pernah melakukan perkara syirik.
4-Pujian
Allah kepada para wali Allah (para shahabat Rasulullah s.a.w) kerana bersihnya diri mereka dari perkara
syirik.
5-Tidak
meminta ruqyah, tidak meminta supaya lukanya diletakkan pada besi yang panas,
dan tidak melakukan tathoyyur adalah termasuk
dalam amalan memurnikan tauhid kepada Allah.
6-Tawakkal
kepada Allah adalah sifat
yang menjadi asas kepada sikap tersebut.
7-Dalamnya
ilmu para sahabat, kerana mereka mengetahui bahawa orang-orang yang dinyatakan
dalam hadith tersebut tidak akan mendapatkan kedudukan yang sedemikian tinggi
kecuali dengan adanya amalan.
8-Para
sahabat sentiasa bersemangat untuk berlumba-lumba
dalam mengerjakan amal kebaikan.
9-Keistimewaan
umat Islam (umat Nabi Muhammad s.a.w) dengan kuantiti dan kualitinya.
10-Kelebihan
para pengikut Nabi Musa a.s.
11-Umat-umat
terdahulu telah ditunjukkan kepada Nabi Muhammad s.a.w..
12-Setiap
umat masing-masing akan dikumpulkan bersama para Nabinya.
13-Sedikitnya
orang orang yang mengikuti ajakan para Nabi.
14-Nabi
yang tidak mempunyai pengikut akan datang sendirian pada hari kiamat.
15-Manfaat
daripada pengetahuan ini adalah agar tidak
dikelirukan dengan jumlah yang banyak dan agar tidak berkecil hati dengan
jumlah yang sedikit.
16-Dibolehkan
melakukan ruqyah disebabkan terkena
ain dan sengatan.
17-Luasnya
ilmu para ulama salaf, sehingga hal itu dapat diketahui dari ucapan Said
bin Zubair: "Sungguh telah berbuat baik orang yang mengamalkan apa yang
telah didengarnya, tetapi …", dengan demikian jelaslah bahawa hadith yang
pertama tidak bertentangan dengan hadith yang kedua.
18-Kemuliaan
sifat para ulama salaf, kerana ketulusan
hati mereka, dan mereka tidak memuji seseorang dengan pujian yang dibuat-buat.
19-Sabda
Baginda s.a.w : "Engkau termasuk dalam golongan mereka" adalah salah
satu dari tanda-tanda kenabian. (Nabi Muhammad s.a.w).
20-Keutamaan
Ukasyah.
21-Penggunaan
kata sindiran[13].
22-Kemuliaan
akhlak Nabi Muhammad s.a.w..
_____________________________________
Catatan
Kaki:
[10]
Ruqyah, maksudnya di sini, ialah :
penyembuhan dengan bacaan ayat ayat Al Qur'an atau bacaan doa.
[11]
Ain, iaitu : pengaruh jahat
yang disebabkan oleh rasa dengki seseorang, melalui pandangan matanya. Disebut juga penyakit mata.
[12]
Tathoyyur ialah : merasa
malang, merasa bernasib sial, atau meramal nasib buruk kerana melihat burung, binatang lain
atau apa saja.
[13]
Kerana beliau bersabda kepada seseorang : " Ukasyah telah mendahului kamu
dengan doa tersebut", dan tidak bersabda kepadanya : "Kamu tidak
layak untuk dimasukkan ke dalam golongan mereka".
Terjemahan
Kitab AtTauhid (Sheikh Muhammad AtTamimi)
No comments:
Post a Comment