Firman
Allah s.w.t (maksudnya):
“Bahawa
ada beberapa orang lelaki dari kalangan manusia yang meminta perlindungan
kepada beberapa lelaki dari kalangan jin, maka jin-jin itu (yang diminta
pertolongan daripadanya) hanya menambah dosa dan kesalahan”
*(QS.
Al jin: 6).
Khaulah
binti Hakim menuturkan: aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Barang
siapa yang singgah di sesuatu tempat, lalu dia berdo'a:
“aku
berlindung dengan kalam Allah yang maha sempurna, dari kejahatan semua mahluk
yang Dia ciptakan” maka tidak ada sesuatu pun yang membahayakan dirinya
sehinggalah dia berganjak dari tempatnya itu"
(Hadith
Riwayat Muslim).
Kandungan
bab ini:
1-Penjelasan
tentang maksud ayat yang ada dalam surah Al Jin[32].
2-Meminta
perlindungan kepada selain Allah adalah syirik.
3-Hadith
tersebut di atas, sebagaimana disimpulkan oleh para ulama, merupakan dalil
bahawa kalam Allah itu bukan makhluk, kerana minta perlindungan kepada makhluk
itu syirik.
4-Keutamaan
doa ini walaupun ianya sangat ringkas.
5-Sesuatu
yang boleh mendatangkan kebaikan dunia, walaupun dengan menolak kejahatan atau
mendatangkan kebaikan tidak bererti sesuatu itu tidak termasuk dalam perkara syirik.
_____________________________________
Catatan
Kaki:
[32]
Dalam ayat ini Allah s.w.t memberitakan bahawa ada di kalangan manusia yang
meminta perlindungan dari kalangan jin agar merasa aman dari apa yang mereka
risaukan, akan tetapi jin itu hanya menambah dosa dan rasa risau mereka, kerana
mereka tidak meminta perlindungan daripada Allah. Dengan demikian, ayat ini
menunjukkan bahawa isti'adzah (meminta perlindungan) kepada selain Allah adalah
termasuk dalam perkara syirik dan ianya dilarang.
Terjemahan Kitab AtTauhid (Sheikh Muhammad AtTamimi)
Terjemahan Kitab AtTauhid (Sheikh Muhammad AtTamimi)
No comments:
Post a Comment