Diriwayatkan dalam Sahih Bukhari dan Muslim bahawa Abu Basyir Al Anshori r.a pernah bersama Rasulullah s.a.w. dalam satu perjalanan, lalu baginda s.a.w mengutus seorang utusan untuk menyampaikan pesanan:
"Agar
tidak terdapat lagi dileher unta kalung dari tali busur panah atau kalung apa
pun, ia harus diputuskan”
Ibnu
Mas'ud r.a mengatakan: aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya
Ruqyah, Tamimah dan Tiwalah adalah syirik."(Hadith Riwayat Ahmad dan Abu
Daud)
TAMIMAH
adalah sesuatu yang dikalungkan di leher kanak-kanak untuk menangkal dan
menolak penyakit 'ain. Jika yang dikalungkan itu dari ayat-ayat Al Qur'an,
sebahagian ulama salaf memberikan keringanan dalam hal ini; dan sebahagian yang
lain tidak memperbolehkan dan melarangnya, diantaranya Ibnu Mas'ud r.a. [24].
RUQYAH[25]
iaitu: yang disebut juga dengan istilah Azimat. Ini diperbolehkan apabila
penggunaannya bersih dari hal-hal syirik, kerana Rasulullah s.a.w. telah
memberikan keringanan dalam hal ruqyah ini untuk mengubati penyakit 'ain dan
sengatan kalajengking.
TIWALAH
adalah sesuatu yang dibuat dengan anggapan bahawa hal tersebut dapat menjadikan
seorang isteri mencintai suaminya, atau seorang suami mencintai isterinya.
Dalam
hadis marfu' dari Abdullah bin 'Ukaim Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Barang
siapa yang menggantungkan sesuatu (dengan anggapan bahawa barang tersebut
bermanfaat atau dapat melindungi dirinya) maka Allah akan menjadikan orang
tersebut selalu bergantung kepadanya." (Hadith Riwayat Ahmad dan At
Tarmizi)
Imam
Ahmad meriwayatkan dari Ruwaifi' r.a. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda
kepadanya:
"Wahai
Ruwaifi', semoga umurmu panjang, oleh kerana itu sampaikanlah kepada yang lain
bahawa barang siapa yang menggulung janggutnya, atau memakai kalung dari tali
busur panah, atau bersuci dari kotoran binatang atau tulang, maka sesungguhnya
Muhmmad berlepas diri dari orang tersebut".
Waki'
meriwayatkan bahawa Said bin Zubair r.a. berkata:
"Barang
siapa yang memotong tamimah dari seseorang maka tindakannya itu adalah sama
dengan memerdekakan seorang hamba."
Dan
Waki' meriwayatkan pula bahawa Ibrahim (An Nakho'i) berkata: "Mereka (para
sahabat) membenci segala jenis tamimah, baik dari ayat-ayat Al Qur'an mahupun
yang bukan dari ayat-ayat Al Qur'an."
Kandungan
bab ini:
1-Pengertian
ruqyah dan tamimah.
2-Pengertian
tiwalah.
3-Ketiga-tiga
hal di atas merupakan bentuk syirik tanpa pengecualian.
4-Adapun
ruqyah dengan menggunakan ayat ayat Al Qur'an atau do'a-do'a yang telah
diajarkan oleh Rasulullah s.a.w untuk mengubati penyakit 'ain, sengatan
serangga atau yang lainnya, maka tidak termasuk syirik.
5-Jika
tamimah dibuat dari ayat-ayat Al Qur'an, dalam hal ini para ulama berbeza
pendapat, apakah termasuk ruqyah yang diperbolehkan atau tidak?
6-Mengalungkan
tali busur panah pada leher binatang untuk mengusir penyakit 'ain, termasuk
perkara syirik.
7-Ancaman
berat bagi sesiapa yang mengalungkan tali busur panah dengan maksud dan tujuan
diatas.
8-Besarnya
pahala bagi sesiapa yang memutuskan tamimah dari tubuh seseorang.
9-Kata-kata
Ibrahim An Nakhoi tersebut di atas, tidaklah bertentangan dengan perbezaan
pendapat yang telah disebutkan, kerana yang dimaksudkan Ibrahim di sini adalah
sahabat-sahabat Abdullah bin Mas'ud[26].
_____________________________________
Catatan
Kaki:
[24]
Tamimah dari ayat Al Qur'an dan Al Hadis lebih baik ditinggalkan, kerana tidak
ada dasarnya dari syara' ; bahkan hadith yang melarangnya bersifat umum, tidak
seperti ruqyah, ada hadith lain yang membolehkan. Di samping itu jika ia
dibiarkan atau diperbolehkan dikhuatiri akan membuka peluang untuk menggunakan
tamimah yang haram.
[25]
Ruqyah : penyembuhan sesuatu penyakit dengan bacaan ayat-ayat suci Al Qur'an,
atau doa-doa.
[26]
Sahabat Abdullah bin Mas'ud antara lain : Alqomah, Al Aswad, Abu Wail, Al
Harits bin Suwaid, 'Ubaidah As Salmani, Masruq, Ar Rabi' bin Khaitsam, Suwaid
bin ghoflah. Mereka ini adalah tokoh dari kalangan tabi’in.
Terjemahan
Kitab AtTauhid (Sheikh Muhammad AtTamimi)
No comments:
Post a Comment