Firman
Allah s.w.t (maksudnya):
“Wahai
ahli kitab, janganlah kalian melampaui batas dalam agama kalian, dan janganlah
kalian mengatakan sesuatu terhadap Allah kecuali hanya yang benar.”
(QS.
An nisa', 171).
Dalam
sahih Bukhari diriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a. yang menjelaskan tentang firman
Allah s.w.t.:
“Dan
mereka (kaum Nabi Nuh) berkata: janganlah sesekali kamu meninggalkan
(penyembahan) Tuhan-tuhan kamu, dan janganlah sesekali kamu meninggalkan
(penyembahan) Wadd, Suwa', Yaghuts, Ya'uq mahupun Nasr” (QS. Nuh, 23)
Beliau
(Ibnu Abbas) mengatakan: "Ini adalah nama orang-orang soleh dari kalangan kaum
Nabi Nuh, ketika mereka meninggal dunia, syaitan membisikkan kepada kaum mereka
agar membuat patung-patung mereka yang telah meninggal dunia di tempat-tempat
dimana di situ pernah diadakan pertemuan antara mereka, dan mereka disuruh
memberikan nama-nama patung tersebut dengan nama-nama mereka, kemudian kaum
tersebut menerima bisikan syaitan, dan pada saat itu patung-patung yang mereka
buat belum dijadikan sembahan, setelah para pembuat patung itu meninggal dunia,
dan ilmu agama dilupakan, mulai saat itulah patung-patung tersebut mulai
disembah".
Ibnul
Qoyyim berkata[52]: "ramai ulama salaf mengatakan: "setelah mereka meninggal
dunia, ramai orang yang berbondong-bondong mendatangi kubur mereka. Kemudian,
setelah itu, orang ramai mula membuat patung-patung mereka. Setelah waktu
berlalu beberapa lama ahirnya patung-patung tersebut dijadikan sembahan".
Diriwayatkan
dari Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Janganlah
kalian berlebih-lebihan dalam memujiku, sebagaimana orang-orang Nasrani
berlebih-lebihan dalam memuji Isa bin Maryam. Aku hanyalah seorang hamba, maka
katakanlah: Abdullah (hamba Allah) dan Rasulullah (Utusan Allah)" (HR.
Bukhori dan Muslim).
Dan
Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Jauhilah
sikap berlebih-lebihan, kerana sesungguhnya sikap berlebih-lebihan itulah yang
telah membinasakan kaum-kaum sebelum kalian" (HR. Ahmad, Tarmizi dan Ibnu
majah dari Ibnu Abbas r.a.)
Dan
diriwayatkan dalam sahih Muslim, Ibnu Mas'ud r.a. berkata: bahawa Rasulullah
s.a.w. bersabda:
"Binasalah
orang-orang yang bersikap berlebih-lebihan" (diulanginya ucapan itu sebanyak
tiga kali).
Kandungan
dalam bab ini:
1-Orang
yang memahami bab ini dan bab setelahnya, akan jelas baginya akan asingnya
Islam dan ia akan melihat betapa kuasanya Allah itu untuk mengubah hati
manusia.
2-Mengetahui
bahawa awal munculnya kemusyrikan di muka bumi ini adalah kerana sikap
berlebih-lebihan terhadap orang-orang soleh.
3-Mengetahui
apa yang pertama kali dilakukan oleh kaum-kaum sebelum ini sehingga ajaran para
Nabi boleh berubah, dan faktor penyebabnya, padahal mereka mengetahui bahawa
para Nabi itu adalah utusan Allah.
4-Mengetahui
sebab-sebab diterimanya bid'ah, padahal syari'ah dan fitrah manusia menolak bid’ah.
5-Faktor
yang menyebabkan terjadinya hal di atas adalah kebenaran dan kebatilan
bercampur aduk.
Adapun
yang pertama ialah: rasa cinta kepada orang-orang soleh.
Sedang
yang kedua ialah: tindakan yang dilakukan oleh orang-orang alim yang ahli dalam
masalah agama, dengan maksud untuk sesuatu kebaikan, tetapi orang-orang yang
hidup sesudah mereka merasa bahawa apa yang mereka maksudkan bukanlah hal itu.
6-Penjelasan
tentang ayat yang terdapat dalam surah Nuh[53].
7-Mengetahui
tentang sikap manusia bahawa kebenaran yang ada pada dirinya boleh berkurang,
dan kebatilan pula boleh wujud dan bertambah.
8-Bab
ini mengandungi suatu bukti tentang kebenaran pernyataan ulama salaf bahawa
bid'ah adalah penyebab kekafiran.
9-Syaitan
mengetahui tentang impak yang diakibatkan oleh bid'ah, walaupun pelakunya bermaksud
untuk sesuatu kebaikan.
10-Mengetahui
kaedah umum, bahawa sikap berlebih-lebihan dalam agama adalah dilarang, dan
mengetahui kesan negatifnya.
11-
Bahaya dari segi perbuatan jika sering mendatangi kubur dengan niat untuk sesuatu
amal soleh.
12-Larangan
adanya patung-patung, dan hikmah disebalik perintah menghancurkannya (iaitu:
untuk menjaga kemurnian tauhid dan menghapuskan perkara-perkara syirik).
13-Besarnya
kedudukan kisah kaum Nabi Nuh ini, dan manusia sangat memerlukan kisah ini
(untuk dijadikan ikhtibar dan teladan), walaupun ramai di antara mereka yang
telah melupakannya.
14-Satu
hal yang sangat menghairankan, bahawa mereka (ahli-ahli bid'ah) telah membaca
dan memahami kisah ini, baik melalui kitab-kitab tafsir mahupun hadith, tetapi
Allah menutup hati mereka, sehingga mereka mempunyai keyakinan bahawa apa yang
dilakukan oleh kaum Nabi Nuh adalah amal ibadah yang paling utama, dan
merekapun beranggapan bahawa apa yang dilarang oleh Allah dan Rasulnya adalah
kekafiran yang menghalalkan darah dan harta.
15-Dinyatakan
bahawa mereka berlebih-lebihan terhadap orang-orang soleh itu tiada lain hanya kerana
mengharapkan syafaat mereka.
16Mereka
menjangkakan bahawa orang-orang berilmu yang membuat patung-patung itu
bermaksud demikian.
17-Pernyataan
yang sangat penting yang ada pada sabda Nabi s.a.w: "Janganlah kalian
berlebih-lebihan dalam memujiku, sebagaimana orang-orang Nasrani berlebih-lebihan
dalam memuji Isa bin Maryam"
Semoga
selawat dan salam sentiasa dilimpahkan Allah kepada baginda s.a.w yang telah
menyampaikan risalah dengan sebenar-benarnya.
18-Ketulusan
hati baginda s.a.w kepada kita dengan memberikan nasihat bahawa orang-orang
yang berlebih-lebihan itu akan binasa.
19-Pernyataan
bahawa patung-patung itu tidak disembah kecuali setelah ilmu [agama] dilupakan,
dengan demikian dapat diketahui betapa bernilainya ilmu ini dan bahayanya jika ia
hilang.
20-Penyebab
hilangnya ilmu agama adalah apabila para ulama meninggal dunia.
_____________________________________
Catatan
Kaki:
[52]
Abu Abdillah : Muhammad bin Abu Bakar bin Ayyub bin Sa'd Az Zur'I Ad Dimasqi,
Ibnu Qoyyim Al Jauziyah. Seorang ulama besar dan tokoh gerakan da'wah Islamiyah.
Mempunyai banyak karya ilmiyah. Dilahirkan tahun 691 H (1292 M) dan meninggal
tahun 751 H (1350 M).
[53]
Ayat ini menunjukkan bahawa sikap berlebih-lebihan dan melampaui batas terhadap
orang-orang soleh adalah penyebab terjadinya perkara-perkara syirik dan
penyebab tuntunan agama para Nabi ditinggalkan.
Terjemahan Kitab AtTauhid (Sheikh Muhammad AtTamimi)
Terjemahan Kitab AtTauhid (Sheikh Muhammad AtTamimi)
No comments:
Post a Comment