Friday, 28 September 2012

Peribadi Seseorang Yang Beriman Menakjubkan…


Apabila disebut MANUSIA…..
ada yang beriman dan ada yang kafir……..
dan di kalangan yang beriman pula, ada yang munafiq dan ada yang musyrik (mensyirikkan Allah).

Tetapi ada perkara biasa dan ada juga perkara yang luar biasa yang berlaku pada manusia…..iaitu…..

Apabila dia mendapat kebaikan, dia bersyukur, itu masih menjadi perkara biasa…..
Apabila dia mendapat musibah dan kesusahan, dia tetap bersabar, itu masih menjadi perkara biasa…..

akan tetapi….. perkara luar biasa dan ajaib yang berlaku pada manusia ialah apabila dia ditimpa musibah dan kesusahan dia masih boleh bersyukur pada Allah….kerana dia mengetahui bahawa Allah ingin mengujinya…..dan dia mengetahui bahawa hanya orang-orang yang beriman yang layak diuji oleh Allah,

Firman Allah s.w.t (maksudnya):
Dan Sesungguhnya kami benar-benar akan menguji kamu agar kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu, dan agar kami menyatakan (baik buruknya) hal ehwalmu. (Surah Muhammad: 31)

Firman Allah s.w.t (maksudnya):
Dan sungguh kami akan memberikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (Surah AlBaqarah: 155)

dan apa yang menjadi perkara yang sangat luar biasa dan sangat ajaib baginya ialah apabila dia ditimpa musibah dan kesusahan dia masih tetap bersyukur dan redha kepada Allah…dan masih boleh tersenyum ketenangan……

bersyukurlah dan bersabarlah….kerana itu adalah rahsia dan kunci kedamaian hati dan ketenangan yang akan menjadikan semua masalah berada dalam keadaan baik. Yakinlah, semua ini hanya dimiliki oleh orang-orang yang beriman. Kerana itulah……

“peribadi seseorang yang beriman itu menakjubkan……!!”

Dari Shuhaib b. Sinan, dia berkata:
Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya peribadi seseorang yang beriman menakjubkan, semua masalahnya berada dalam keadaan baik, dan ini hanya dimiliki oleh orang-orang yang beriman, jika dia mendapat kebaikan dan kelapangan, dia bersyukur dan itu sangat baik bagi dirinya, dan jika dia ditimpa musibah dan kesusahan, dia bersabar, hal itu sangat baik baginya.” (Hadith Riwayat Muslim)

No comments:

Post a Comment